Personaliti media sosial yang juga doktor selebriti, Dr Say bengang pembantu rumah bawa masuk dua lelaki ke dalam rumahnya pada larut malam.
Apa yang membuatkan dirinya bengang dan marah apabila kedua-dua pembantu rumahnya membuat perbuatan terkutuk di saat anak ketiganya yang masih bayi turut berada dalam bilik tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, kejadian itu berlaku pada waktu malam dan kedua lelaki ‘asing’ itu dibawa masuk oleh pembantu rumahnya sendiri.
Kehadiran mereka dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di ruang tamu.
Dr Say bengang pembantu rumah bawa masuk dua lelaki
Pada waktu itu, dia bersama isterinya, Dr Azura di tingkat atas manakala, dua pembantunya itu berada di bawah.
Saat dia memantau CCTV, pembantu rumahnya cuba pusingkan kamera tersebut supaya kegiatan mereka tidak dapat kelihatan. Bagaimanapun, biarpun kamera tukar arah pandangan, Dr Say menjelaskan dia masih dapat perhatikan menerusi pantulan imej.
“Pembantu rumah saya dua orang bawa lelaki masuk dalam rumah masa saya dan isteri ada dekat atas. Saya dan isteri dalam rumah. Dia berani bawa masuk dua lelaki. Sekarang, dua lelaki itu ada dekat bawah,”katanya.
Terdetik ‘check’ CCTV selepas jiran maklum
Berkongsi detik cemas, Dr Say atau nama sebenarnya Dr. Muhammad Shazril Shaharuddin terdetik untuk memeriksa CCTV selepas dimaklum jiran mengenai dua lelaki yang memasuki rumahnya.
Namun, pada mulanya dia menanggap ia adalah mustahil kerana dia dan isteri berada di rumah.
Dr Say berkata, pada ketika itu dua anak lelakinya iaitu berusia lima dan tiga tahun berada di tingkat atas, manakala anak lelaki ketiga berusia tujuh bulan bersama dua pembantu di tingkat bawah.
“Saya tanya maid, ada ke lelaki masuk ke rumah? Dan mereka jawab tak ada. Saya pressure mereka, dan mereka cakap ‘dah pergi’. Jadi, saya ingat mungkin lelaki itu buat penghantaran dan dah pergi.
“Tapi, isteri saya yang masa tu nak masuk kerja pukul 10 malam (oncall) cakap, kalau maid beritahu lelaki itu dah pergi, maksudnya lelaki itu masih ada. Saya terduduk.. macam mana dia boleh fikir sampai macam tu,”cerita Dr Say kepada mStar.
Bagi mendapat kepastian, Dr Say kemudiannya memeriksa semula CCTV tersebut dan terjumpa pemandu rumahnya meletakkan botol bagi menghalang pandangan rakaman kamera.
Kemudiannya, pembantu rumah itu memusingkan CCTV ke arah TV, namun malangnya dua kelibat lelaki tersebut kelihatan.
Apa yang membuatkan dirinya mempunyai rasa syak wasangka adalah rakaman CCTV di ruang tamu itu tidak menunjukkan sebarang tanda dua lelaki tidak dikenali keluar daripada rumahnya.
“Apabila saya playback rakaman CCTV, tak nampak dua lelaki itu keluar, saya panik. Jadi, saya minta maid untuk hantar baby ke tingkat atas, tapi maid tak jawab call.
“Saya cuak sebab saya tahu saya berdepan dengan dua orang. Kedua, ketiga-ketiga anak saya masih kecil. Jadi, mereka boleh ambil salah seorang untuk dijadikan tebusan,”katanya lagi.
Artikel lain: Bibik nafi curi, dakwa lari akibat tak tahan dipukul anak autisme Zarina Zainuddin
Bagaimanapun, Dr Say membuat keputusan untuk menelefon pihak polis dan menyuruh pembantu menghantar anaknya kepada dia. Bagaimanapun, panggilannya dari tingkat atas tidak dijawab dan Dr Say merancang hanya serbu sahaja mereka bersama anggota polis.
Ketika polis membuat serbuan, ia membuatkan Dr Say bertambah marah setelah mendapati bahawa pembantu rumahnya itu dikatakan membuat perkara terkutuk di bilik mereka sementara anaknya itu tidur di sebelah katil mereka.
“Kedua-dua lelaki itu dipercayai warga Bangladesh. Mereka tidak berbaju dan berselindung dalam selimut. Terus-terang saya rasa gugup.
“Tergamak mereka membuat ‘projek’ macam tu, semata-mata nak puaskan nafsu sambil anak say di tengah-tengah tu.
“Kalau anak saya menangis ketika mereka buat ‘projek’, mahu anak saya dipukul atau dicederakan,”kongsi Dr. Say Shahzril lagi dan berterima kasih kepada tiga anggota polis yang pantas bertindak.
Menurut Dr Say lagi, dua pembantu rumahnya berusia 37 dan 39 tahun dan masing-masing warga Indonesia dan Filipina.
Difahamkan, kedua-dua pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki warga Bangladesh ketika mereka keluar pada hari cuti di Kuala Lumpur.
Dr Say bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua lelaki warga Bangladesh itu telah ditahan polis untuk siasatan dan mereka sekeluarga selamat.
Dikesempatan itu, beliau juga sempat menitipkan pesanan buat orang ramai supaya tidak mudah percaya pada sesiapa selain rasa sedikit kesal kerana berbuat ‘baik’ kepada pembantu rumah.
“Saya baik sangat, kadang bagi helper duit poket. Seminggu sekali bagi mereka cuti, pergilah mana mereka nak.
“Saya siap bagi mereka telefon setiap masa. Tak pernah maki hamun dan ini balasan saya dapat? Saya pun terkedu,”luahnya.
Sumber: mStar Online , Instagram say_shazril
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source