Kerjasama dengan PTPTN, Program Anak Emas perkasa pendidikan tinggi anak-anak Pulau Pinang
Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal menganjurkan Majlis Pelancaran Program Anak Emas yang akan berlangsung di MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 3 Ogos ini.
Pada tahun ini, Program Anak Emas ditambah baik melalui kerjasama julung kali bersama PTPTN yang mana insentif ini menjadi tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada Pulau Pinang dalam memperkasakan pendidikan tinggi anak-anak di negeri itu.
Program Anak Emas temui pengunjung 3 Ogos ini!
Menerusi kerjasama ini, RM100 akan diberikan untuk pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN Prime dan RM100 disalurkan ke akaun bank pemohon yang layak berkuatkuasa 15 Januari 2024.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan program ini pada Jun 2011 dimana ia merupakan bayaran bantuan secara one-off berjumlah RM200.
Bantuan ini diberikan kepada bayi berumur dua tahun ke bawah dengan syarat salah seorang ibu atau bapa kepada bayi mestilah berdaftar dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Pulau Pinang.
Sementara itu, pelancaran Program Anak Emas pada tahun ini akan disempurnakan Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Pulau Pinang, Lim Siew Khim.
Majlis tersebut juga akan dihadiri Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Pengarah Negeri, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.
Artikel lain: Hanya bayar serendah RM300, tunggakan PTPTN boleh diselesaikan!
Program tersebut akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk semua pengunjung yang hadir, bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Antara aktiviti disediakan adalah Pertandingan Mewarna Simpan SSPN Kategori Tadika dan Sekolah Rendah, Pertandingan Bayi Merangkak Simpan SSPN dan Pertandingan Action Song Simpan SSPN.
Tidak cukup dengan itu, program yang mendapat kerjasama daripada agensi awam dan swasta ini juga akan membuka kaunter perkhidmatan dan pameran untuk pengunjungnya.
Antara kaunter dibuka adalah Kaunter Promosi Simpan SSPN, kaunter Saringan Kesihatan Percuma, Kaunter Semakan Akaun dan Khidmat Nasihat KWSP, Mini Petting Zoo, Pameran Robotik dan AI oleh Tech Dome Penang, Pameran Pergigian & Pameran Interaktif dan minuman Sunquick percuma untuk 2,000 orang terawal.
Orang ramai yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit Simpan SSPN pada program tersebut turut berpeluang mendapat hadiah istimewa daripada PTPTN.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai program serta aktiviti yang akan berlangsung boleh layari media sosial facebook Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang melalui pautan https://www.facebook.com/PTPTNPulauPinang atau hubungi Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang di talian 04-383 1410.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source