Krim Wajah Berusia 2000 Tahun Dicipta Oleh Orang Rom?
Tahun 2003. Penemuan itu benar-benar mengejutkan ahli arkeologi. Mereka membuka penutup logam berbentuk bulat itu, dan ternganga melihat ada pes putih dengan bau sulfur di dalamnya. Paling utama, ia lengkap dengan cap jari!
Ini kisah penemuan yang agak menggemparkan, kerana krim sebegitu biasanya tidak kekal lama, maka penemuannya adalah sesuatu yang unik. Bekas krim itu, yang dipercayai berusia lebih kurang 2,000 tahun, ditemui sewaktu penggalian arkeologi di kompleks kuil Rom. Artifak itu diperbuat daripada logam, berbentuk bulat dan berukuran 6cm diameternya serta menunjukkan sedikit tanda pereputan sewaktu ditemui.
Jadi, orang Rom benar-benar mencipta krim ini?
Kita kembali ke era Rom purba. Jika anda nak tahu, orang Rom ini ada standard yang tinggi dari segi kecantikan, maksudnya, kulit mereka haruslah tanpa cela, putih pucat dengan sedikit kemerahan, malah bagi wanita, rambut mereka harus digayakan dalam pelbagai cara yang memikat.
Bagi wanita bangsawan, kulit putih asli adalah ciri kecantikan terpenting yang mereka perlu jaga. Kulit pucat putih ini tunjukkan status sosial yang tinggi. Disebabkan inilah mereka banyak gunakan barang kosmetik.
Kosmetik ini pula diperbuat daripada banyak bahan ketika itu, termasuklah plumbum putih sebagai asas, minyak badam sebagai krim muka, jelaga sebagai alat solek mata serta pewarna rambut yang diperbuat daripada jus elderberry.
Kebiasaannya, para wanita Rom ini, akan menggunakan pemutih muka, yang terdiri daripada serbuk kapur, plumbum putih atau pun tahi buaya. Ia mungkin agak tidak masuk akal jika difikirkan, tapi inilah cara mereka memutihkan wajah. Walaupun mereka sedar yang plumbum adalah racun, tapi kulit putih mereka jauh lebih penting. Bahan-bahan lain yang digunakan dalam pemutih termasuklah lilin lebah, minyak zaitun, air mawar, kunyit, lemak haiwan, kanji dan madu.
Berbalik kepada penemuan krim tadi, ahli arkeologi percaya bahawa ia adalah krim wajah yang digunakan oleh wanita bangsawan, yang bertujuan untuk ritual tertentu. Setahun selepas penemuan krim purba ini, para saintis di Universiti Bristol telah menganalisis kandungannya dan menghasilkan semula krim yang sama.
Saintis menyatakan bahawa krim purba ini berfungsi sebagai krim asas pada wajah (foundation) dan kandungannya terdiri daripada lemak haiwan yang ditapis (daripada lembu atau kambing), kanji dan timah. Pembuatan semula krim ini oleh para saintis menunjukkan apabila krim itu disapu pada kulit, ia menghasilkan satu lapisan putih dengan tekstur licin berdebu, dipercayai kesan daripada bahan kanji.
Profesor Richard dari Universiti Bristol menyatakan bahawa solekan putih pada wajah adalah sesuatu yang ‘trendy’ pada era Rom purba. Malah, beliau percaya yang krim ini mungkin produk kosmetik mewah bagi golongan aristokrat Rom purba.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source