Fitri Farok tak halang ibu nak kahwin dengan Tyzo-“Saya tiada hak..”
Pelakon baharu, Fitri Farok tak halang ibu nak kahwin dengan Tyzo sewaktu ditanya mengenai jodoh orang tuanya, lapor Kosmo! Online.
Pemilik nama Muhammad Fitri Mohd Farok, 25, berkata, dia tidak kisah seandainya ibu, Lydia Rosli yang juga anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri hendak berkahwin dengan penyampai radio, Tyzo Tyzo Xander.
Menurut Fitri, apa yang penting baginya adalah kebahagiaan ibu dan dia tidak mempunyai masalah mengenai masalah jodoh tersebut.
“Saya tiada hak untuk halang siapa jodoh ibu saya.
“Sebagai anak, soal jodoh saya serahkan pada tuhan. Saya sentiasa doakan sesiapa sahaja yang ditakdirkan menjadi jodoh ibu adalah seorang yang terbaik,”katanya.
Fitri Farok tak halang ibu nak kahwin dengan Tyzo
Naib juara program Pencarian Hero Remaja 2023 berkata, dia juga mengetahui mengenai berita ibunya meluahkan perasaan cinta dan ingin berkahwin dengan Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris,48, baru-baru ini.
Fitri memberitahu, dia reda andai Tyzo ditakdirkan menjadi bapa tirinya dan berharap agar lelaki itu dapat menjadi suami yang terbaik, menghormati dan menyayangi ibunya.
Dalam pada itu, anak saudara kepada usahawan jamu sensasi, Kak KM itu akui kurang mengenali Tyzo biarpun ibunya rapat kerana mereka jarang berjumpa.
“Kami jumpa pun sekejap-sekejap sahaja.
Ibu ada bercerita pada saya yang dia berkawan dengan Tyzo. Tetapi tentang soal nak kahwin dia tak pernah beritahu saya apa-apa.
“Tetapi andai berkahwin membuatkan hidup ibu saya lebih bahagia dan aman, saya okey sahaja,” ujarnya.
Artikel lain: Lydia Rosli sering nangis setiap malam, serius cinta & nak kahwin dengan Tyzo
Terdahulu, usahawan Nor Lydia Rosli, 48, meluahkan rasa cinta dan mahu berkahwin dengan Tyzo. Namun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan apabila bekas penyampai radio Suria FM itu memberitahu dirinya tidak bersedia dan memerlukan banyak masa untuk berfikir mengenai perkara tersebut.
Difahamkan Lydia dan Tyzo pernah terkait gosip cinta sebelum ini apabila kerap dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis, termasuk Lydia juga sering berkongsi gambarnya dan Tyzo di akaun media sosial.
Sumber: Kosmo! Online (Helmi Anuar)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source