Irma Hasmie berdamai dengan takdir, tak perlu canang kisah cerai & rumah tangga
Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie berdamai dengan takdir demi ketenangan diri sendiri dan keluarga tanpa mencanang perihak peribadi pada orang ramai terutama media sosial.
Irma berkata, ia adalah cara terbaik buat dirinya daripada terus menjaja kisah perceraian yang mengundang pelbagai spekulasi tidak benar.
Menurut aktres berusia 42 tahun, perihal rumah tangga adalah terlalu peribadi buat dirinya.
“Apa yang terjadi mengenai rumah tangga saya sebelum ini adalah satu proses yang panjang. Untuk waktu sekarang, boleh dikatakan saya okey, Alhamdulillah.
“Saya rasa masyarakat pun memahami keadaan itu. Saya tak rasa perlu buat apa-apa kenyataan kerana cukup hanya orang terdekat sahaja yang tahu,”katanya.
Irma Hasmie berdamai dengan takdir
Disoal mengenai berita perceraian dikongsikan oleh sahabat baiknya, Reen Emran, Irma menyifatkan ia berlaku di luar kawalannya.
Pun begitu, pemilik nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim akui orang terdekatnya mengetahui perkara sebenar.
“Ia berlaku di luar kawalan saya sebenarnya. Namun itulah saya cakap, kawan sendiri pun saya tak mampu nak kawal tindakannya.
“Mungkin mereka rasa hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.
“Saya pun tak boleh cakap lebih-lebih atau kawal kehidupan mereka. Benda itu sudah berlaku pun. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya dengan cara sendiri,”katanya lagi.
Irma juga memberitahu dua anaknya iaitu Syed Irfha,11, dan Irma Nur Naylie,10, kini berada di bawah jagaannya dan menjalani kehidupan seperti biasa.
“Alhamdulillah, anak-anak okey, Insya-Allah. Saya syukur sangat-sangat mereka baik-baik belaka semuanya,”katanya.
Artikel lain: Tiada orang ketiga, bekas suami Irma Hasmie akhirnya ‘buka mulut’
Untuk rekod, Irma telah mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Redza Syed Irfhan serta Irma Nur Naylie.
Perkara itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Stories pada tanggal 30 April lalu.
Lebih menguatkan dakwaan tersebut apabila pengguna media sosial dikejutkan dengan perkahwinan baharu Redza dan dia sendiri mengesah telah menjalani proses perceraian pada tahun lalu.
Sumber: Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source