3 hari dilaporkan hilang, remaja lelaki ditemui terpinga-pinga belakang rumah nenek
Remaja lelaki ditemui terpinga-pinga belakang rumah neneknya selepas dilaporkan hilang sejak tiga hari yang lalu.
Bapa luah syukur anak ditemui
Memetik laporan dari Berita Harian, bapa kepada pelajar tingkatan dua, Muhammad Effzaldanish iaitu Mohd Effendy Alizuman, 43 menyatakan yang anaknya ditemui dalam keadaan selamat.
“Alhamdulillah anak saya ditemukan selamat. Saya tidak tahu nak cakap apa-apa, rasa terharu sangat,” katanya.
Remaja lelaki ditemui terpinga-pinga, hanya diam bila ditanya
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh itu ditemui kira-kira jam 10 pagi tadi di belakang rumah neneknya.
Tambah Effendy, anak tunggalnya itu telah ditemui oleh sepupu, Siti Nurhalizah Mohd Asri, 23, dalam keadaan terpinga-pinga.
Dia yang ketika itu berada di Tampin, Negeri Sembilan segera bergegas ke rumah ibunya di Taman Perumahan Awam di Pekan Pagoh selepas diberitahu.
“Sebaik dimaklumkan penemuan itu, saya terus ke sini, sebelum diminta hadir ke balai polis untuk diambil keterangan.
“Saya peluk dan bertanyakan Muhammad Effzaldanish tetapi dia hanya berdiam diri. Dia seperti terpinga-pinga untuk menceritakan kejadian sebenar.
“Selama dia hilang, saya tidak lena malah fikiran terganggu kerana memikirkan keselamatannya. Saya bimbang akan sesuatu berlaku ke atasnya,” katanya.
Remaja lelaki ditemui terpinga-pinga, bapa segera bergegas ke lokasi
Difahamkan, kehilangan Effzaldanish hanya diketahui selepas guru sekolah memaklumkan kepadanya bahawa remaja terbabit tidak hadir ke sekolah.
“Bila dapat tahu dia dah dijumpai, kami semua lega. Bayangkan dalam tempoh empat hari kehilangannya sejak Ahad lalu, macam-macam kami fikir terhadapnya,” ujarnya.
Artikel lain: Dilaporkan hilang, Fiffy Arnatasya rupanya tinggal bersama rakan, alami tekanan di asrama
Polis sahkan penemuan
Effzaldanish telah dibawa ke Balai Polis Pagoh dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz juga telah mengesahkan tentang penemuan remaja terbabit yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.
Terdahulu, Effzaldanish dilaporkan hilang selepas neneknya, Jaminah Shari, 90 menyatakan remaja terbabit tidak pulang ke rumah setelah berjalan kaki ke sekolah sekitar 200 meter dari kediaman warga emas berkenaan.
Effzaldanish telah tinggal bersama nenek sejak berusia 3 tahun selepas ibu kandungnya meninggal dunia disebabkan kanser payudara.
Bapannya pula menetap di Tampin, Negeri Sembilan selepas mendirikan rumah tangga dengan ibu tiri.
Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source