Puteri Sarah tekad teruskan saman bekas pekerja, yakin berada di pihak benar!
Pelakon sensasi, Puteri Sarah tekad meneruskan kes saman malu dan pecah amanah terhadap seorang bekas pekerjanya.
Menurut laporan mStar, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata yakin berada di pihak benar dan mahu menuntut semula hak yang sudah diambil.
Sarah ditemui sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 2.25 petang ditemani peguam, Mohd Azmi Rais, hari ini.
Puteri Sarah tekad
Artikel lain: Kes saman fitnah, Fida Ibrahim diperintah bayar RM280,000 kepada usahawan
“Saya mahu perjuangkan saman malu dan pecah amanah yang saya tunggu sejak tahun lepas. Kita tengok ada atau tidak jalan penyelesaian.
“Sebelah sana berkeras jadi pihak saya juga berkeras. Saya dipihak yang benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya,” katanya.
Puteri Sarah tekad
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman serta tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap bekas pekerjanya, Nazatul Nazira yang didakwa menuduhnya dalam urusan perniagaan sebelum ini.
Difahamkan, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini, antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah, menggelarnya seorang bodoh sombong, menganggap sebagai rakan kongsi.
Bukan itu sahaja, Sarah turut dituduh menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, dan seorang ketua yang menganiaya pekerja.
Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source