Anak hidap kanser otak, bapa cukur rambut sendiri tanda sokongan
Tular di media sosial video memaparkan seorang bapa yang mencukur rambutnya bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap anak hidap kanser otak.
Menerusi satu hantaran di TikTok, SnowShirai telah memuat naik video memaparkan suaminya yang sedang mencukur rambut anak mereka yang disahkan menghidap kanser.
Anak hidap kanser otak, bapa cukur rambut tanda sokongan
@snowshirai It’s okay not to be okay, we’re fighting this together 💪🏻🤲🏻 #gliomatumour
SnowShirai menjelaskan anak mereka didiagnos Glioma Gred Tinggi atau kanser otak tiga bulan lepas dan rambut anak kecil itu mula gugur sebelum sesi kemoterapi yang kedua sehingga mereka terpaksa mencukurnya.
Selepas selesai mencukur rambutnya, suami kepada SnowShirai, bapa kepada anak mereka kemudian mencukur rambutnya di hadapan anak isterinya sebagai tanda sokongan.
Anak hidap kanser otak penyebab rambut gugur
Dalam pada itu, SnowShirai turut berkongsi beberapa video memaparkan perjalanan kemoterapi anak mereka, bermula dari rambut yang tebal sehinggalah gugur meninggalkan tompok di kepala.
Artikel lain: Ibu bawa anak ke balai polis, selalu ganggu rakan di sekolah -“Macam2 cara dah buat”
Apa yang lebih menyedihkan, pada awal perjalanan rawatannya, anak kecil itu kelihatan masih tersenyum namun semakin lama menjalani rawatan, senyumannya semakin hilang.
Walaupun SnowShirai dan suaminya membawa makanan dan permainan belon air, senyuman manis daripada anak kecil itu tidak lagi kelihatan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan perkongsian itu dan mendoakan agar anak kecil itu diberikan kesembuhan.
Semoga kesakitan awak diangkat
Sakitnya sampai di sini…
Saya dah nangis, semoga diberikan kesembuhan!
Semoga syurga buat sekeluarga
Selain itu, warga maya turut memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua SnowShirai dan suaminya agar terus kuat menghadapi cabaran itu.
Berilah kekuatan kepada ibu bapanya
InsyaAllah, boleh sembuh dengan izin tuhan
Jangan berputusa asa, yakin dengan Allah!
Kalau bab anak ni, memang tak boleh. Air mata confirm jatuh…..
Sumber: TikTok SnowShirai
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source