Baru-baru ini saya ada tonton satu video. Ada seorang Mat Saleh ini dihidangkan dengan nasi lemak. Yang mengejutkan, belum sempat pengacara menjelaskan cara makan, dia dah makan nasi lemak ini bersama daun pisang yang membalutnya!
Itu cerita orang asing yang tidak tahu dan tidak kenal dengan hidangan tradisi Melayu kita. Tapi, berapa ramai antara kita yang kenal jenis kuih dan hidangan Melayu yang dibalut menggunakan daun ini?
Jika disenaraikan memang banyak betul kuih-muih tradisional serta hidangan Melayu ini yang dibalut dan dibungkus khas dengan menggunakan pelbagai daun. Ini memang sudah diamalkan sejak zaman dahulu lagi dan sehingga kini masih dikekalkan untuk mengekalkan keasliannya.
Jadi, apa sebab utama yang membuatkan masyarakat Melayu menggunakan daun sebagai bahan pembungkusan makanan mereka?
Pertama sekali kita lihat kepada aspek bio-geografi yang terdapat di Malaysia ini. Iklim yang panas dan lembap adalah satu rahmat buat negara kita, dengan pelbagai jenis pokok yang tumbuh subur.
Uniknya, masyarakat Melayu sejak zaman dahulu kala lagi telah menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan persekitaran mereka dengan menggunakan segala sumber semula jadi yang ada dalam kehidupan mereka. Daun biasanya digunakan untuk pelbagai fungsi, sama ada sebagai tempat berlindung, penutup kepala, hiasan dalam majlis keraian, ubat herba tradisional serta sebagai bahan dalam pembungkusan makanan.
Seni pembungkusan menggunakan daun ada keunikan tersendiri dan telah berakar dalam sejarah kulinari Melayu. Keindahan seni pembungkusan daun ini terletak pada gabungan menarik antara kebijaksanaan tradisional dan pengalaman.
Untuk menghargainya, seseorang mesti memahami keseluruhan proses pembungkusan dan mengerti mengapa bahan tersebut dipilih untuk jenis makanan tertentu serta bagaimana ia dimasak.
Sebab yang kedua pula, daun yang dipilih untuk pembungkusan ini bergantung kepada ketersediaan bahan di sekitar kawasan sekitarnya. Biasanya di kampung-kampung, pokok-pokok yang menghasilkan bahan tersebut ditanam di sekitar kawasan rumah.
Disebabkan itulah, daun yang biasa digunakan sebagai pembalut makanan ini termasuklah daun pisang, kelapa, pandan, upeh (upih pinang), dan palas. Kebanyakan daun yang mudah didapati ketika itu, menyediakan proses pembungkusan yang cepat agar makanan dapat disajikan segera.
Tapi, pilihan daun untuk pembungkusan juga memainkan peranan penting. Maknanya, daun yang dipilih itu perlulah segar agar tak mudah patah atau koyak semasa membungkus. Satu lagi, cara daun itu dilipat semasa membungkus makanan, sama ada memanjang, bersilang atau serong akan menentukan kekuatan pembungkusan tersebut.
Selain itu, daun-daun ini juga mesti tahan panas kerana kebanyakan makanan Melayu disediakan dengan cara memanggang, merebus atau mengukus. Pembungkusan daun adalah sebahagian daripada keseluruhan proses penyediaan dan penyajian makanan.
Orang Melayu ini ada seni tersendiri dalam cara mereka membungkus makanan. Setiap langkah dalam lipatan daun dilakukan dengan pertimbangan dan keputusan akal. Daun yang berbeza membawa bentuk yang berbeza.
Setiap jenis daun digunakan untuk jenis makanan tertentu, contoh palas digunakan untuk membalut ketupat pulut. Daun kelapa digunakan untuk membungkus ketupat nasi. Daun pisang untuk membalut nasi lemak, manakala pandan untuk tepung pelita.
Kaedah pembungkusan menggunakan daun ini memberi satu identiti unik pada makanan Melayu dan meningkatkan nilainya. Keseluruhan pembungkusan tersebut menyampaikan bahasa tersendiri dan menjadikan keseluruhan bungkusan lebih bermakna daripada sekadar melindungi makanan.
Jadi, apa pilihan hidangan tradisional anda yang berbalut daun pada hari ini?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source