Kalau kalian pernah tonton drama Scarlet Heart Ryeo lakonan IU dan Lee Joongi, mesti kalian tahu betapa cantiknya pakaian yang ditampilkan melalui drama ini. Kepelbagaian warna yang dipakai oleh orang Goryeo ketika itu memang lebih menyerlah berbanding dinasti-dinasti lain.
Jika nak dibandingkan antara beberapa dinasti dalam sejarah ketamadunan Korea, Dinasti Goryeo ialah dinasti yang boleh dikatakan paling pesat perkembangan budayanya. Sampaikan ada seorang kurator kesenian Korea menggelar Goryeo ini sebagai ‘Zaman Kebangkitan Korea.’
Dalam hal ini, perkembangan dalam gaya pemakaian, fesyen serta kostum yang ditampilkan oleh masyarakat Goryeo begitu unik dan agak berbeza berbanding era-era lain sebelum dan selepasnya. Malah, dalam era Goryeo ini jugalah penggunaan alat solekan memuncak dalam kalangan rakyatnya.
Gaya fesyen di Goryeo ini banyak dipengaruhi oleh era Tiga Kerajaan sebelumnya, dan juga dibawa oleh pengaruh Yuan dan dinasti China lain seperti Tang dan Song. Jadi, gabungan inilah yang membuatkan orang Goryeo jadi lebih berani dalam memperagakan pakaian mereka.
Boleh dikatakan berlakunya perubahan ketara dalam fesyen masyarakat Goryeo ini boleh dicirikan melalui jenis fabrik yang digunakan, warna pakaian yang ditonjolkan serta aksesori yang mereka gayakan.
Dinasti Goryeo ini adalah satu era yang mana berlakunya pengeluaran pelbagai jenis sutera dengan bermacam warna yang dihasilkan. Rekod sejarah menunjukkan waktu itu, kemahiran menganyam sutera dianggap sangat berharga. Malah, tukang yang mampu menghasilkan tekstil sutera akan jadi tukang yang dilantik oleh kerajaan.
Selain sutera, fabrik yang biasa orang Goryeo guna untuk menghasilkan pakaian ialah rami dan kapas. Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap tinggalan lukisan, mural-mural makam dan patung tanah liat, didapati bahawa pada era Goryeo ini penggunaan fabrik sutera seperti broket dan gauze adalah sangat meluas.
Apa yang paling menarik dalam pemakaian era Goryeo ini adalah penggunaan warna-warna fabrik yang terang serta menyerlah seperti merah, biru, kuning dan hijau, yang digabungkan bersama corak-corak berjalur bagi menghasilkan kesan pelangi pada skirt atau seluar.
Pakaian wanita Goryeo mula mengalami perubahan ketika ini, namun masih mengekalkan asas yang sama, iaitu jaket luar atau blouse (jeogori) dan kain skirt (chima). Chima ini adalah seperti skirt panjang, yang diikat tinggi hingga ke bahagian dada dengan sejenis tali (seperti tali pinggang) yang lebar.
Kepanjangan chima ini adalah bergantung kepada kelas sosial seseorang, yang mana wanita daripada kelas atasan akan memakai chima yang panjang sehingga mencecah tanah, manakala wanita kelas bawahan memakai chima yang lebih pendek.
Warna-warna fabrik yang terang dan menyerlah banyak digunakan dalam penghasilan chima dan jeogori. Malah, benang emas, benang perak serta galian yang lain turut digunakan bersama dalam penghasilan tenunan kain bagi menghasilkan corak-corak yang menarik. Motif dan corak yang popular bagi pakaian wanita pada era ini adalah corak naga dan burung jenjang.
Bagi lelaki Goryeo pula, mereka biasanya memakai pin rambut serta headband bagi memperkemaskan ikatan rambut (ponytail). Pin rambut ini juga berfungsi sebagai pelengkap gaya mereka dalam pemakaian seharian yang mana pin rambut emas Goryeo dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Lelaki Goryeo juga memakai subang sebagai aksesori utama mereka.
Seperti mana yang divisualkan dalam drama Korea, begitulah sebenarnya gaya orang Goryeo. Bebas, berani berfesyen dan unik dalam pemakaian mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source