Azeem Fahmi mohon maaf kecewakan rakyat Malaysia, gagal pamer aksi terbaik
Pelari muda negara, Muhammad Azeem Fahmi mohon maaf kecewakan rakyat Malaysia selepas menduduki tangga tercorot dalam saringan kedua pusingan pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.
Azeem mengakhiri saingan tersebut di kedudukan terakhir dengan catatan masa 10.45 saat (s) dalam aksi yang berlangsung di Stade de France.
Kegagalan untuk bermula dengan baik pada permulaan larian menjejaskan persembahannya sekali gus terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada acara100 meter (m) tersebut.
Azeem Fahmi mohon maaf kecewakan rakyat Malaysia
Atlet berusia 20 tahun itu meluahkan rasa kesal selepas tidak berjaya menamatkan saringan pertama pusingan kelayakan dengan catatan 10.42 saat.
Bagaimanapun, Azeem terus komited untuk memburu kelayakan secara merit dalam temasya Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028 nanti.
“Saya minta maaf tidak dapat pamerkan aksi terbaik hari ini. Bukan keinginan saya untuk lari begini dan bukan keinginan saya untuk lalui musim yang teruk seperti ini.
“Untuk rakyat Malaysia, saya Azeem Fahmi mohon maaf. Ini adalah proses pembelajaran terbesar dalam hidup saya. Tiada siapa yang hadir ke sini untuk kalah,”katanya.
Rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat buat pelari kelahiran Teluk Intan kerana perjalanannya dalam sukan tersebut masih jauh.
Saringan tersebut dimenangi pelari Kenya, Ferdinand Omanyala yang mencatat 10.08s diikuti atlet Itali, Chituru Ali di tempat kedua (10.12s) dan Pelari Jerman, Joshua Hartmann (10.16s) dengan hanya tiga pelari teratas layak ke pusingan seterusnya.
Sumber: X Farihah Razak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source