Orang Sweden Hanya Makan Gula-Gula Pada Hari Sabtu?
Ceritanya bermula pada sekitar 1950-an. Satu eksperimen di Hospital Vipeholm yang dibiayai kerajaan, telah dijalankan. Dalam eksperimen ini, pengkaji Sweden memberi sejumlah besar gula-gula kepada satu kumpulan orang kurang upaya intelek di Lund, Sweden. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada diet tinggi gula akan menyebabkan kerosakan gigi atau tidak.
Dan keputusan eksperimen inilah yang mencadangkan agar rakyat Sweden hanya mengambil gula-gula sekali seminggu untuk mengelakkan masalah kerosakan gigi. Dan, entah bagaimana, cadangan kesihatan ini akhirnya berubah menjadi ritual bagi rakyat Sweden sehingga ke hari ini.
Sejak itu, ritual ini, yang dikenali sebagai lördagsgodis (“lördag” untuk Sabtu and “godis” untuk gula-gula) yang secara literalnya bermaksud ‘gula-gula Sabtu’ mula diamalkan dalam kalangan rakyat Sweden. Menariknya, ritual ini tidak berubah.
Ia diulang pada setiap hari Sabtu di seluruh Sweden. Sebaik sahaja kedai dibuka, golongan muda dan tua bergegas ke lorong gula-gula untuk membelinya secara pukal. Lolipop gelatin pelbagai warna, botol mini masam Coca-Cola, bebola coklat dan pelbagai jenis gula-gula menjadi pilihan mereka. Pelanggan mengisi beg kertas mereka dengan teliti, penuh dengan gula-gula yang akan mereka nikmati sepanjang hari Sabtu itu.
Sebenarnya, dalam beberapa kajian pemakanan yang dijalankan, didapati bahawa orang Sweden mengambil lebih kurang 15 kg gula-gula setiap seorang berbanding orang Perancis yang hanya 3.5 kg. Penemuan mengejutkan inilah yang mendorong kepada amalan makan gula-gula sekali seminggu sahaja.
Persoalannya, kenapa orang Sweden suka sangat makan gula-gula?
Kerana kualitinya yang bagus! Kebanyakan gula-gula Sweden popular dan diminati ramai kerana ia bebas daripada pewarna dan perisa tiruan. Pembuatan gula-gula Sweden kebanyakannya menggunakan pewarna dan aroma semula jadi, dan walaupun tidak semua, gula-gulanya adalah vegan, menggunakan tepung jagung dan bukannya gelatin; serta ia juga bebas gluten.
Berbalik kepada lördagsgodis, ramai pakar sangat bersetuju dan menyokong baik agar ritual ‘Gula-Gula Sabtu’ ini diteruskan. Americo Fernández, seorang ahli ekonomi dan podcaster kewangan peribadi untuk salah satu bank Nordic, bersetuju tradisi lördagsgodis adalah ‘alat’ yang berguna dalam membantu kanak-kanak Sweden memahami nilai wang.
Katanya, melalui pembelian gula-gula sekali seminggu, kanak-kanak ini mampu menilai berapa belanja yang mereka perlukan untuk membeli gula-gula pada setiap minggu. Ia mengajar mereka tentang perancangan kewangan asas.
Jadi, saya fikir, kita juga patut mulakan ritual makan gula-gula dan coklat hanya sekali seminggu ini!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source