Pinn Yang transfer RM1,000 kepada individu bertuah, token penghargaan kongsi kisah kehidupannya
Pencipta kandungan yang juga merupakan CEO Good Foodie Media, Pinn Yang transfer RM1,000 kepada seorang pengguna di platform X dikenali Shamsul Aizat.
Pemberian wang bernilai RM1,000 kepada individu tersebut adalah sebagai token penghargaan usahawan berusia 31 tahun itu.
Ia selepas Shamsul Aizat meringkaskan kisah kehidupan Pinn Yang yang pada asalnya pernah menjadi penjual kuali di pasar bersama bapanya sehinggalah berjaya pada masa kini.
“Ini Pinn Yang. CEO Good Foodie Media, pemilik social media brand seperti KL Foodie, Halal Foodie & Penang Foodie. Dikenali ramai dengan video TikTok viral giveaway kepada random strangers.
“Ini 8 perkara yang saya belajar dari kisah hidup Pinn Yang..”coretnya dalam bentuk bebenang di platform X.
Pinn Yang transfer RM1,000 kepada individu bertuah
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet termasuk perhatian daripada tuan badan sendiri.
Menerusi ruangan komen, Pinn Yang atau Nicholas Lim Pinn Yang berterima kasih kepada individu berkenaan atas kesudiannya meringkaskan semula kisah perjalanan hidupnya.
Sebagai tanda penghargaan, beliau memberikan wang bernilai RM1,000 kepada individu tersebut.
“Terima kasih kerana berkongsi kisah saya. Dah follow back, RM1,000 sebagai token penghargaan,”tulisnya ringkas.
Artikel lain: Rider tergamam! Tak sangka terima RM500 sebagai tip daripada pelanggan
Video podcast Pinn Yang
Terdahulu, Pinn Yang memberitahu dia bercadang mahu membuka yayasan sendiri supaya boleh membantu lebih ramai insan yang memerlukan.
Sumber: X Pinn Yang
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source