Adira pakai emas atas tuntutan kerja, bukan menunjuk tapi tanggungjawab
Bukan menunjuk, penyanyi Adira pakai emas atas tuntutan kerja dan tanggungjawab selepas dilihat sering memakai barangan kemas.
Dalam temu bual bersama mStar Online, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata, tindakannya memakai barangan kemas adalah atas dasar tuntutan kerja.
Jelas penyanyi kelahiran Ranau, Sabah, ia dilakukan kerana dia berkolaborasi bersama sebuah syarikat menjual perhiasan.
Adira pakai emas atas tuntutan kerja
Disoal mengenai keselamatannya, penyanyi berusia 32 tahun itu berkata dirinya sedar, tapi akan sentiasa berhati-hati supaya tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.
“Saya hanya fikir (pakai emas) sebab kerja dan tanggungjawab sahaja. Saya tahu ia bahaya tetapi saya tetap berhati-hati.
“Memandangkan ini adalah kolaborasi takkan saya tak tunjuk. Kenalah tunjuk produk tersebut tapi saya memang tak berniat nak menunjuk,” katanya lagi.
Artikel lain: Adira Suhaimi suka beli & kumpul barangan kemas, senang digadai waktu kecemasan
Katanya lagi, dia juga pernah menipu dengan memberitahu emas dipakainya adalah dari Korea apabila diasak oleh pengikut di media sosial.a
Dia bagaimanapun bersyukur kerana belum menerima sebarang ancaman sepanjang memakai barangan kemas.
Video penuh
Terdahulu, Adira memberitahu dia suka beli dan mengumpul barangan kemas untuk kepentingan pada masa akan datang.
Dia juga menyifatkan pembelian barangan kemas itu adalah pelaburan yang dapat membantu dirinya ketika berada dalam keadaan memerlukan.
Sumber: mStar Online (Nazrin Zulkafli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source