Ibu bapa Zulfarhan enggan lagi temui keluarga tertuduh, anggap sudah terlambat
Ibu bapa Zulfarhan enggan lagi temui keluarga tertuduh dan menganggap sudah terlambat untuk mereka datang memohon kemaafan.
Sepatutnya dari 2018 lagi, bukan sekarang
Memetik laporan dari Harian Metro, Bapa arwah, Zulkarnain Idros, 60, menyatakan sepatutnya mereka datang meminta maaf sejak 2018 lagi ketika perbicaraan dibacakan di Mahkamah Tinggi.
“Walaupun saya tidak menafikan ada bapa seorang tertuduh berjumpa saya meminta maaf, saya katakan mereka buat salah dengan anak saya, bukan dengan saya.
“Jika saya terima permohonan maaf itu pun, anak saya sudah tiada, kalau mereka (keluarga tertuduh) nak memohon maaf, kenapa tunggu sekarang? Kita banyak kali jumpa di mahkamah,” katanya.
Ibu bapa Zulfarhan akui selisih bahu dulu, tapi masing2 buat tak endah
Namun begitu, ibu bapa Zulfarhan tidak menafikan bahawa ada seorang bapa tertuduh yang menemuinya memohon maaf, tetapi jika dia menerima sekalipun, Zulfarhan sudah tiada.
Ujarnya, mereka sering sahaja berselisih bahu jika berada di mahkamah di awal perbicaraan dahulu, tetapi tiada pula mahu bertegur dan seolah-olah allahyarham Zulfarhan pula yang menzalimi tertuduh.
“Waktu awal perbicaraan dulu, kita berselisih bahu pun tidak bertegur, seolah-olah anak saya pula yang bunuh anak dia (keluarga tertuduh),” katanya lagi.
Artikel lain: MCPF tak setuju dengan SUHAKAM, hukuman buat tertuduh kes Zulfarhan setimpal
Ibu bapa Zulfarhan enggan jumpa lagi keluarga tertuduh
Jelas Zulkarnain lagi, mereka sekeluarga sudah reda dengan takdir tersebut namun masih tidak dapat menerima pelakuan kesemua tertuduh yang menganiaya anaknya sehingga tergamak menekap seterika wap sebanyak 90 kali ke tubuh allahyarham.
Dia merasakan tindakan tersebut sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana yakin binatang juga tidak melakukan hal sebegitu.
Tidak mengapalah, saya tidak mahu berjumpa dengan keluarga tertuduh, cukuplah,” katanya.
Terdahulu, keenam-enam tertuduh kes melibatkan kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman pada 2017 telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan.
Tindakan mereka yang melakukan penderaan kejam termasuklah menggunakan beberapa objek seperti seterika wap, penyangkut baju dan getah paip sememangnya sukar diterima apabila sanggup melakukan kejahatan tersebut sehingga rakan sendiri meninggal dunia.
Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan dan Muhammad Saufi Hassan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source