“Isteri meninggal dunia atas riba saya..”- Dipijak gajah, suami sempat ajar orang rumah mengucap
“Isteri meninggal dunia atas riba saya..” demikian kata si suami.
Seorang penoreh getah warga emas maut dipercayai diperlakukan seperti bola oleh anak gajah ketika sedang bekerja di Jalan Felcra Batu 29, Kahang, Kluang, di sini.
Penduduk kampung, Nor Hassan Mohd Doom, 62, yang merupakan pekerja warga Indonesia berlari mendapatkan pertolongan selepas melihat mangsa terbaring dikerumuni beberapa ekor gajah.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pada jam 7 pagi, hari ini.
“Pekerja itu nampak gajah sudah guling-gulingkan mangsa. Akibat dia seorang diri dan ketakutan lalu dia panggil saya yang berada di sebuah pondok berdekatan.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, kumpulan gajah terbabit sudah pergi, mangsa tercungap-cungap meminta tolong dan saya cakap tunggu sekejap, saya panggil laki (suami) dia,” katanya.
Artikel lain: Padah curi kabel! Dua lelaki meninggal dunia, terperangkap dalam lubang
‘Isteri meninggal dunia atas riba saya’
Suami mangsa, Sugianto Giman, 64, yang juga warga Indonesia berkata, Nor Hasan tiba di rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian dengan sebuah kereta.
Sugianto berkata, Nor Hasan datang dan memaklumkan isterinya kena pijak gajah dan membuatkan dia terperanjat.
“Hassan cakap ‘orang rumah awak kena pijak gajah’ menyebabkan saya terperanjat lalu dengan pakai kain pelikat dan baju ini, saya terus ikutnya.
“Sampai di sana, saya jerit ‘mana, mana’ kerana mata saya memang kurang nampak dan masa itu saya nampak dia (isteri) sedang terbaring dan mengangkat tangan.
“Dia merintih lalu saya angkat dia terus hantar ke kereta Hassan. Saya sempat ajar dia mengucap dua kalimah syahadah ketika di pangkuan saya,” katanya.
Kredit Foto: Harian Metro/ Mohamad Fahd Rahmat
Sugianto yang telah bernikah dengan mangsa sejak 1997 berkata, mereka bergegas ke Klinik Kesihatan Kahang bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 8 pagi.
Bagaimanapun, klinik tersebut masih belum buka memandangkan hari ini cuti dan isterinya meninggal dunia di atas ribanya tidak lama kemudian.
Isteri tak luka, cuma tubuh longlai
Menurutnya, dia tidak merasai kesan tulang patah, luka atau cedera di badan ketika memerika seluruh tubuh isteri, melainkan tubuh yang sudah longlai.
Bercerita lanjut, isterinya berpakain seperti biasa untuk menoreh getah termasuk memakai kasut dan pergi kerja dengan menunggang motosikal bersendirian.
Dalam pada itu, Sugianto memohon pihak kerajaan tidak membiarkan perkara tersebut berulang sekali lagi kepada orang lain.
“Pagi tadi jumpa isteri ketika saya masuk dapur, dia cakap sarapan ada di atas dapur.
“Tolonglah kerajaan, jangan biarkan (lagi kejadian berulang) kepada orang lain, (cukuplah) saya yang merasakan,”luahnya.
Difahamkan, lokasi ladang kelapa sawit berdekatan tempat mangsa ditemui sedang melakukan proses ‘chipping’ dan menjadi lokasi kawanan gajah berkenaan mencari makan sejak sebulan lalu.
Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source