Muncul bertopeng & sujud di padang, Faisal Halim akui terkejut disenarai dalam pasukan
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim akui terkejut disenarai dalam pasukan pada perlawanan semi final Piala FA malam tadi menentang pasukan Terengganu FC.
Kali pertama hadir sebagai pemain selepas insiden simbah asid
Dia yang muncul buat kali pertama di atas padang selepas hampir tiga bulan berehat susulan kecederaan yang dialami akibat disimbah asid pada Mei lalu tampil dengan bertopeng muka dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang menyaksikan secara langsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
@astroarena Setelah pelbagai ujian yang datang, semangat yang di tanam tidak mudah untuk di padam! Kecil-kecil cili api🔥 Inilah Faisal Halim! #FACup2024 #DemiLigaKita #SELTER
Faisal Halim akui terkejut, disenarai dalam pasukan
Memetik laporan dari Harian Metro, Faisal akui terkejut apabila disenarai dalam pasukan untuk perlawanan semi final ini dan cukup gembira kerana dapat kembali di padang selepas beberapa bulan.
Walaupun tidak disenarai dalam kesebelasan utama dan tidak diturunkan sebagai pemain gantian, pemain yang dipanggil Mickey ini dilihat sebagai pemberi semangat kepada pasukan apabila berjaya menewaskan Terengganu 4-1 sekali gus layak ke final Piala FA.
Artikel lain: Faisal Halim dedah hal boleh jatuhkan pemain bola sepak -“Jangan salah pilih cinggey”
“Ya, saya pun terkejut juga, baru dapat tahu (berada dalam senarai pemain) tapi apa yang saya boleh buat, saya boleh bantu pemain lain dengan semangat yang saya ada.
“Sudah tentu, lagi beberapa hari sudah nak masuk tiga bulan saya direhatkan dan kecederaan ini yang menimpa kepada saya memang amat sedih dan kembalinya saya pada malam ini (malam tadi) di Stadium MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya), ia salah satu semangat baru untuk diri saya,” jelasnya.
Faisal Halim akui terkejut, tapi cukup gembira walaupun tidak bermain
Dia juga turut mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan sepasukan dan juga rakyat Selangor kerana kemenangan ini adalah untuk mereka semua
Ujarnya, walaupun tidak mampu untuk bermain di tahap yang maksimal lagi, namun ia sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada rakan-rakan.
“Tahniah kepada rakan-rakan saya, tahniah kepada semua rakyat Selangor. Kemenangan pada malam ini untuk anda semua. Apa yang saya boleh katakan, saya membawa semangat apa yang saya mampu.
“Walaupun saya tak mampu bermain secara ‘fit’ lagi, tapi saya dapat beri satu semangat untuk rakan-rakan saya,” katanya selepas tamat perlawanan.
Faisal Halim akui terkejut, tapi bersyukur dan ucap terima kasih
Menerusi hantarannya di Instagram juga, dia telah meluahkan rasa syukur dan cukup berterima kasih kepada Allah S.W.T, keluarga dan juga seluruh rakyat Malaysia apabila kini mampu kembali ke padang dan meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak.
Terdahulu, kemunculan Faisal Halim sebagai pemain di padang MBPJ sememangnya cukup menggembirakan para penyokong suka penggemar bola sepak tempatan.
Dia yang mengenakan topeng muka khas telah masuk dengan diiringi pengawal peribadi telah sujud dan mencium rumput padang sebelum perlawanan dimulakan.
Kehadiran Faisal sebagai pemain pasukan Selangor pada malam separuh akhir Piala FA merupakan kali pertama selepas insiden disimbah asid pada 5 Mei 2024.
Sumber: Harian Metro (Amirul Fazli Zulkafli), Instagram Faisal Halim, TikTok Astro Arena
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source