Nak beli barang bayi di London, Intan Najuwa nafi suka habiskan duit suami
Intan Najuwa nafi suka habiskan duit suami apabila menyatakan mahu ‘terbang’ ke London dan Sepanyol bagi membeli barang bayi.
Nak beli barang bayi
Perkara itu dinyatakan oleh pelakon berkenaan apabila dikecam susulan memaklumkan akan pergi ke London dan Sepanyol bagi persiapan menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Intan Najuwa nafi suka habiskan duit suami, ada pendapatan sendiri
Menurut Intan, dia mempunyai pendapatan sendiri dan tidak langsung menggunakan duit suaminya jika dia mahu ke mana-mana ataupun berbelanja.
Oleh itu, dia meminta netizen berhenti untuk melibatkan suaminya dalam setiap apa yang dilakukan terutamanya berkaitan kewangan.
“Buat mereka yang nak tahu dan fikir saya habiskan duit suami, tolong hadam ni semua. Saya ada duit sendiri dan pendapatan sendiri. Saya tak perlukan dia untuk sara saya. Ke mana saya pergi, sama ada melancong ataupun berbelanja, saya tak guna duit suami.
“Jadi sila fahamkan yang saya boleh berdikari walaupun sudah berumah tangga. Tolong berhenti fikir saya gunakan duit suami dalam semua hal dan berhenti libatkan dia dalam setiap apa yang ingin saya belanja, melancong.
Dia tak campur pun dalam hal tersebut. Saya jaga kewangan saya sendiri dan semuanya. Saya harap penjelasan ni boleh jelaskan salah faham semua,” ujarnya.
Artikel lain: Ditegur ibu hamil tak elok minum teh, Intan Najuwa perjelas cuma penuhi selera mengidam
Intan Najuwa nafi suka habiskan duit suami, tahu berdikari walaupun sudah berkahwin
Pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abd. Wahid ini turut memberitahu yang dia mempunyai kehidupan sendiri sebelum berumah tangga dan pastinya tahu bagaimana untuk berdikari selepas bergelar isteri.
Jadi, dia minta supaya mana-mana pihak berhenti menuduhnya menggunakan duit suami kerana sudah penat dengan kata-kata negatif tersebut.
“saya tak peduli pun tentang status atau apa-apa sahaja. Jadi, jangan fikir saya bergantung dengan suami untuk semua hal. Tolong jangan kaitkan dia. Saya ada kehidupan saya sendiri sebelum berkahwin dan tahu macam mana nak berdikari selepas berumah tangga.
“Saya penat sangat dengan mulut orang yang suka menuduh dalam semua hal.
“Jadi tolong ingat, berhenti kaitkan suami saya dalam setiap perbincangan berkenaan duit ataupun perbelanjaan saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Datin Intan Najuwa telah menyatakan hasrat pergi ke London bagi membeli barangan bayi buat anak pertamanya nanti.
Dia yang sudah memasuki trimester kedua pernah menyatakan bahawa perjalanan kehamilannya agak mencabar diawal trimester pertama kerana mengalami alahan teruk.
Dia yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Ashraf Azman pada Ogos tahun lalu kerap mendapat komen negatif daripada netizen setiap kali berkongsi tentang kehamilannya.
Mereka seakan ‘lebih tahu’ daripada pelakon tersebut apabila memberikan komen dalam segala hal yang dikongsikan oleh Intan di media sosial.
Sumber: Instagram intannjuwa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source