Resipi Gulai Kosong Untuk Makan Dengan Nasi & Cicah Dengan Roti Apapun Sedap
Sambal tumis adalah sambal yang selalu dihidang atau jadi pelengkap kepada banyak makanan. Misalnya nasi lemak yang jadi hidangan harian di tempat kita. Mesti ada lauk yang menggunakan sambal iaitu sambal tumis ikan bilis.
Kali ini majalah RASA ingin tampilkan empat jenis resipi bersambal yang pastinya membuka selera.
Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN
2 biji bawang merah (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 senduk cili kering (rebus dahulu)
3 tangkai cili padi (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Minyak masak untuk menumis
Air
6 ekor sotong bersaiz sederhana (bersihkan dan hiris)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar bawang merah, belacan, cili kering, cili padi dan bawang putih.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Boleh letak sedikit air jika semakin kering.
3. Apabila warna sambal makin gelap dan kering, boleh masukkan garam, gula dan sotong. Sotong akan keluarkan air. Jadi, jangan tambah air.
4. Kacau sehingga rata. Tidak perlu lama sebab sotong cepat masak.
5. Tutup api dan sambal sotong siap untuk dihidangkan!
Sumber: https://www.instagram.com/p/BqG9yTOFG-J/
SAMBAL IKAN KAYU
BAHAN-BAHAN
2 biji bawang merah (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 senduk cili kering (rebus dahulu)
3 tangkai cili padi (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 ekor ikan kayu bersaiz sederhana (bersihkan dan potong)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng ikan
Air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar bawang merah, belacan, cili kering, cili padi dan bawang putih.
2. Gaul ikan kayu bersama serbuk kunyit. Goreng. Ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak dalam kuali secukupnya untuk menumis. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Boleh letak sedikit air jika semakin kering.
4. Apabila warna sambal makin gelap dan kering, boleh masukkan garam, gula dan ikan kayu yang telah digoreng tadi.
5. Kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan!
Sumber: https://www.instagram.com/p/BuVrET2ll3P/
SAMBAL AYAM
BAHAN-BAHAN
2 biji bawang merah (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 senduk cili kering (rebus dahulu)
3 tangkai cili padi (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
6 ketul ayam bersaiz sederhana (bersihkan)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng ayam
Air
Garam dan gula secukup rasa (jika perlu)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
CARA MEMBUAT
1. Kisar bawang merah, belacan, cili kering, cili padi dan bawang putih.
2. Gaul ayam bersama serbuk kunyit. Goreng. Ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak dalam kuali secukupnya untuk menumis. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Boleh letak sedikit air jika semakin kering.
4. Apabila warna sambal makin gelap dan kering, boleh masukkan garam, gula dan ayam yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan sos cili dan sos tomato.
6. Kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan!
Sumber: https://www.instagram.com/p/BubU7nxljOH/
SAMBAL UDANG
BAHAN-BAHAN
2 biji bawang merah (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 senduk cili kering (rebus dahulu)
3 tangkai cili padi (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Minyak masak untuk menumis
Air
Semangkuk udang (bersihkan)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar bawang merah, belacan, cili kering, cili padi dan bawang putih.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Boleh letak sedikit air jika semakin kering.
3. Apabila warna sambal makin gelap dan kering, boleh masukkan garam, gula dan udang. Udang akan keluarkan air. Jadi, jangan tambah air.
4. Kacau sehingga rata. Tidak perlu lama sebab udang cepat masak.
5. Tutup api dan sambal udang siap untuk dihidangkan!
Sumber: https://www.instagram.com/p/Bu-eEh1lsfl/
Semua resipi daripada instagram Dapur Syira Lokman.
Selamat menyambal!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source