Roti Daging Enak Dimakan Bersama Chili Oil
Tentunya terfikir di kepala nak masak yang istimewa buat sekeluarga. Bagi yang suka makan makanan manis kuih muih pasti tidak ketinggalan. Teringin pula Cinnamon Roll dengan aroma bau kayu manis memang tak cukup satu. Jika sebelum kita membelinya di bakeri, apa kata buatnya sendiri lagi puas makan.
Cinnamon Roll
Bahan-bahan:
1 cawan susu suam
85gm butter cair
85gm gula
1 peket yis
2 biji telur gred A
*Bahan-bahan atas ni campur semua. Kemudian tunggu 10 minit bagi yis naik kembang buih. Kemudian tambah
585gm tepung high protein *guna tepung gandum boleh tapi kurang lembut
1.Ni rupa setelah di uli-uli ke semua bahan-bahan yang dicampur tadi. Saya uli pakai hand mixer. Guna besi yang spiral tu ok untuk menguli. Uli-uli kejap jer…sampai licin sikit tak melekat bila pegang.
2.Ha licin camni. Biar sekejap tutup naik selama 30 minit. Ni saya buat dua adunan so nampak banyak. Bahagikan. Nak sama rata …sila timbang.
3.Ambil 1 bahg..bulat-bulatkan. Sedia untuk dicanai.
4.Canai nipis camni memanjang. Supaya gulungan nampak banyak lapis. Dekat pelapik tu jangan letak tepung..kang lari-lari doh susah nak canai okay.
5.Sapu butter banyak keseluruhan doh.
6.Taburkan gula+cinnamon. Ratio main agak-agak kalau suka cinnamon lebihkanlah.
7.Tabur penuh padat gini tau. Kalau tabur sikit-sikit tak berasa cinnamon roll..baik makan roti kosong
8.Ok start gulung
9.Siap gulung kemaskan hujungnya.
10.Potong-potong lah uolsss.
11.Susun dalam bekas. Tutup kejap..put aside biarkan dia kembang sampai penuh bekas. Baru bakar. 200°C Selama 15 minit. Tengok jugak ya…lain oven lain timing.
12.Ni Original Cinnamon Roll. Untuk dapat effect kilat ni..lepas jer kuar oven..masa panas tu terus sapu butter ok.
13.Ni Choc Cinnamon Roll. Bezanya cuma add on tabur serbuk koko dan choc chip pada doh sebelum digulung. Okay. Ehh lapar lak rasa
Kredit: Asmawati Ayob
ADA YANG NAK MEMBELI BREAD MAKER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Tak Tipu, Roti Basque Burnt Cheese Topping Ini Memang Sedap!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source