Ibu Aliff Aziz difitnah meninggal dunia, doa supaya pelaku berubah kerana Allah
Ibu Aliff Aziz difitnah meninggal dunia apabila berkongsi tangkapan layar satu video yang dikongsi di saluran YouTube dengan tajuk seakan dia sudah tiada.
Berita tidak betul
Menerusi hantaran yang dibuat Siti Hafizah Sheikh Mohamad menerusi Instagramnya, dia telah meluahkan rasa ralat dengan berita yang tidak betul itu.
Ibu Aliff Aziz difitnah meninggal dunia, ada orang telefon tanya kepastian
Ujarnya, dia telah mendapat panggilan daripada kenalan bertanyakan tentang perkara tersebut betul ataupun tidak.
Dia memanjatkan rasa syukur kerana hingga detik ini masih lagi diberi kesihatan untuk terus hidup dan mendoakan supaya mereka yang menabut fitnah terhadapnya diberikan taufiq dan hidayah daripada Allah untuk berubah.
“Masyaallah tabarakallah pada insan yang saya hormati yang call saya sebentar tadi untuk memastikan berita ini sahih atau pun tidak, alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk hidup sehari lagi aamin.
“Buat mereka2 yang gemar menabur khabar yang tidak berasas dan berunsur fitnah kami mendoakan kesejahteraan anda dan semoga Allah limpahkan taufiq & hidayah agar anda berubah kerana Allah,” tulisnya.
Ibu Aliff Aziz difitnah meninggal dunia, tajuk ditukar lepas kena viral
Dalam video yang dikongsikan saluran YouTube dikenali sebagai Evvasea Channel, tajuk yang ditulis telah membuatkan banyak pihak salah faham.
Video berkenaan belum lagi dipadam namun tajuk asal telah diubah selepas menerima banyak komen daripada netizen yang mengecam tindakan pemilik akaun berkenaan.
Artikel lain: Ibu Aliff Aziz syukur anak kembali tersenyum, dedah ramai DM minta maaf
Ibu Aliff Aziz difitnah meninggal dunia, minta pelaku berubah
Dalam pada itu, ibu kepada aktor kelahiran Singapura berkenaan juga turut memberkan pesan dengan menyatakan setiap daripada kita akan kembali kepada Allah S.W.T sama ada cepat ataupun lambat.
Jadi, adakah kita semua sudah bersedia untuk bertemu dengan Maha Pencipta memandangkan kehidupan di dunia adalah sementara.
“Yakin dan pasti kita semua akan kembali pada Allah cepat atau lambat hanya Allah yang tahu. Tapi sudah kah kita bersedia untuk bertemu Allah? Fikir2 kan lah dunia hanya sementara waktu akhirat juga yang kekal selama nya wallahualam …” tulisnya lagi.
Ucap terima kasih kepada yang prihatin
Di akhir hantaran berkenaan, Siti Hafizah mengucapkan terima kasih kepada seluruh kenalan dan keluarga yang mendoakan tentang kesejahteraannya dan berharap supaya Allah S.W.T dapat membalas kebaikan yang telah mereka lakukan.
Sekadar info, ibu kepada pelakon, Aliff Aziz ini menjadi sorotan sejak beberapa bulan kebelakangan ini susulan kontroversi melibatkan anaknya.
Dia yang kerap berkongsi kata-kata hikmah di media sosial tidak lepas daripada dikecam netizen apabila turut terkena tempias disebabkan beberapa isu terutamanya melibatkan hal rumah tangga anak lelakinya itu.
Sumber: Instagram fizaaziz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source