Pearly-Thinaah saling berbalas ucapan penghargaan -“Thank you my Chaa”
Pasangan badminton beregu wanita negara, Pearly-Thinaah saling berbalas ucapan penghargaan di media sosial apabila mengucapkan terima kasih buat sesama mereka.
Berjuang bersama hingga ke Olimpik
Menerusi hantaran yang dibuat M. Thinaah di Instagram, dia menyatakan bahawa tidak akan pergi sejauh ini jika tanpa Pearly Tan yang sama-sama berjuang sehingga berada di kedudukan keempat dalam Olimpik Paris 2024.
“Pearly, tanpa awak saya tidak akan berada di pentas terbesar impian setiap atlet, iaitu Sukan Olimpik,” tulisnya.
Pearly-Thinaah saling berbalas ucapan, kenang perjalanan sejak sebelum Olimpik
Dia telah mengenang semula perjalanannya bersama Pearly sejak sebelum terbang ke Olimpik Paris lagi apabila masing-masing bergelut dengan pelbagai hal termasuklah kecederaan dan selisih faham.
Syukur, semuanya dapat dikendalikan dengan baik sehingga mereka melayakkan diri ke peringkat separuh akhir walaupun diundi bersama “kumpulan maut’.
Pearly-Thinaah saling berbalas ucapan, sedar pulang tanpa pingat itu mengecewakan. Tapi…
Thinaah juga sedar bahawa pulang tanpa sebarang pingat merupakan satu hal yang mengecewakan, namun mereka tetap saling memberi penghargaan kerana tahu susah dan senang yang mereka telah hadapi bersama yang hanya diketahui sesama sendiri.
“Saya tahu pulang tanpa pingat adalah sangat mengecewakan, tetapi kita juga perlu memuji diri kita sendiri kerana tidak semua orang akan berada di sana pada saat-saat terburuk kita tetapi kita akan sentiasa bersama antara satu sama lain.
Hanya kita yang tahu apa yang kita lalui,” tulisnya.
Artikel lain: Hari lahir isteri, pingat gangsa hadiah paling istimewa – Aaron Chi
Pearly minta maaf kerana selalu cedera
Pearly Tan turut membuat hantaran yang cukup membuatkan ramai sebak apabila menceritakan bahawa mereka berdua sudah berkawan sejak masing-masing remaja lagi dan pelbagai hal pernah berlaku sepanjang perkenalan mereka.
Dia mengambil kesempatan memohon maaf kepada Thinaah kerana kerap mengalami kecederaan sehingga pasangan regunya perlu menjalani latihan serta perlawanan tanpa kehadirannya.
“Maaf kerana sentiasa sakit dan cedera selama beberapa tahun ini dan meninggalkan awak sendirian untuk mengambil bahagian.
Ia adalah satu perjuangan tetapi gembira kerana awak tetap berada di sisi saya,” ujarnya.
Terima kasih jadi pasangan regu & sahabat baik
Pearly juga mengucapkan terima kasih kerana menjadi pasangan regu dan juga sahabat baiknya walaupun kerap mengecewakan Thinaah.
“Maaf kerana kadang-kadang mengecewakan awak dan terima kasih kerana sentiasa mendengar fikiran saya.
Terima kasih kerana menjadi pasangan dan sahabat saya. Bersama-sama kita boleh menakluki segala-galanya,” tulisnya diakhir nukilan.
Perkongsian-perkongsian yang dibuat Pearly-Thinaah itu pastinya membuatkan warga Malaysia terutamanya peminat badminton Tanah Air apabila melihat mereka saling mengucapkan penghargaan diatas usaha keras yang dilakukan.
Walaupun belum berhasil membawa pulang pingat, namun perjuangan mereka sehingga perlawanan terakhir benar-benar berbekas dan membuatkan rakyat Malaysia cukup terhari.
Sumber: Instagram M. Thinaah, Pearly Tan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source