Hafiz Mahamad kongsi video penjelasan, tepis fitnah dibuat media luar
Pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad kongsi video penjelasan berhubung isnya yang dipercayai berasak di hadapan Kaabah bagi mencium Hajarul Aswad.
Menerusi video yang dikongsi olehnya, Hafiz memaklumkan video tersebut ditujukan khas buat media luar yang dikenali sebagai Hindustva Knight dimana menuduh wanita dikasari sewaktu di hadapan Kaabah dengan menyertakan video Hafiz Mahamad.
@hafizmahamad Fitnah ! Statement ni dibuat oleh Media ini yg selalu bermain narative untuk mengelirukan audience tentang agama Segala mesej didalam video ini adalah untuk Media ini. Mohon ramai lihat video ni sampai habis & kongsikan video ini. Saya hargai sahabat “Muslim” & Non Muslim” yg sentiasa support selama ni. Jangan bertelagah sesama kita di ruang bawah. InsyaAllah semoga “Apa yg stay di Internet” harini adalah perkara yg baik baik Kejayaan Demi Kebahagiaan
Hafiz Mahamad kongsi video penjelasan, ditujukan khas buat akaun Hindustva Knight
Ujarnya, video tersebut dibuat bagi membetulkan naratif jahat media yang menggunakan agama untuk mengelirukan orang ramai selepas menjadikan rakaman sewaktu dia berasak-asak di hadapan Kaabah sebagai salah satu ciapannya.
Dia juga telah meminta bantuan daripada Dr Kamilin Jamilin, Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan bagi menjelaskan tentang aspek keselamatan wanita dalam Islam serta ibadah yang dilakukan di Tanah Suci.
Hafiz Mahamad kongsi video penjelasan, beri infografik
Pempengaruh dan juga usahawan itu turut menyertakan sekali infografik bagi memberi penjelasan yang lebih mudah difahami buat semua pihak terutamanya media luar yang bermain naratif agama dan menyentuh Islam sehingga mengelirukan banyak orang.
Hafiz Mahamad kongsi video penjelasan dengan lakonan semula kejadian yang berlaku
Dalam pada itu, dia telah mengambil kesempatan menjelaskan keadaan sebenar dengan membuat video lakonan semula situasi yang dilakukan bagi memberi peluang kepada golongan wanita termasuklah isterinya untuk mencium Hajarul Aswad.
Katanya, situasi yang berlaku semasa video berasak-asak itu tular sama sekali tidak seperti yang diperkatakan kerana semua yang berada di situ cukup menjaga golongan wanita serta memberi ruang kepada mereka bagi mencium batu dari syurga itu.
Artikel lain: Hafiz Mahamad diminta bertanggungjawab, video berasak cium Hajar Aswad cemarkan agama di mata dunia
Minta jangan saling bertelagah, sebarkan video penjelasan
Susulan daripada itu, Hafiz memohon orang ramai itu tidak saling bertelagah di ruangan komen berkenaan posting yang dibuat dan meminta supaya warganet menularkan video berkenaan sehingga media luar terbabit menyedari tentang penjelasan berkenaan.
“Segala mesej didalam video ini adalah untuk Media ini. Mohon ramai lihat video ni sampai habis & kongsikan video ini.
“Saya hargai sahabat “Muslim” & Non Muslim” yg sentiasa support selama ni.
“Jangan bertelagah sesama kita di ruang bawah. InsyaAllah semoga “Apa yg stay di Internet” harini adalah perkara yg baik baik
Kejayaan Demi Kebahagiaan,” ujarnya.
Terdahulu, Hafiz Mahamad teruk dikecam netizen susulan video sewaktu dia berasak-asak di hadapan Kaabah kerana ingin memberi laluan kepada jemaah wanita mencium Hajarul Aswad telah dimanipulasi media luar.
Dalam kapsyen yang dikongsi media terbabit, pihaknya telah mengeluarkan fitnah mengatakan kaum wanita tetap menerima gangguan seksual walaupun berada di hadapan Kaabah.
Perkara itu membuatkan banyak pihak terutamanya masyarakat Islam di Malaysia berang dengan Hafiz Mahamad kerana disifatkan sudah mencemarkan nama agama dengan kontennya sewaktu mengerjakan umrah tempoh hari.
Sumber: TikTok Hafiz Mahamad
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source