Kebetulan jumpa, Shuib dan Mamat Sepah makan di tempat kali pertama bertemu
Pelawak terkenal, Shuib dan Mamat Sepah makan di tempat kali pertama bertemu apabila secara tak sengaja berjumpa di Kulai.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Shuib, dia memaklumkan secara tidak sengaja berjumpa dengan sahabatnya itu di kampung halaman sewaktu berhenti makan bersama keluarga.
makan bersama
Hal berkenaan dikongsikan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 39 di Instagram apabila berkongsi pertemuan dengan Mamat dan sempat makan bersama.
Shuib dan Mamat Sepah makan di tempat kali pertama jumpa
Dalam pada itu, Mamat yang turut berkongsi gambar sama memberitahu bahawa kedai makan berkenaan adalah lokasi pertama kali mereka bertemu pada 17 tahun yang lalu.
“Bertemu secara tak sengaja di tempat pertama kali berjumpa 17 tahun yang lepas,” ujarnya.
Artikel lain: “Waktu susah kau cari aku, waktu senang kau tinggal aku” -Mamat Sepah kongsi lirik lagu
Ramai harap Jep, Shuib dan Mamat Sepah kembali berbaik
Perkongsian tersebut sudah tentu menjadi perhatian ramai apabila rata-rata menyentuh isu yang sedang hangat diperkatakan berkenaan mereka.
Kebanyakan mereka menyatakan rasa sayang melihat persahabatan kumpulan yang pernah menjuarai Rajal Lawak 3 itu dan berharap mereka saling bermaafan di masa hadapan.
Harap mereka tak terus besarkan isu
Semoga mereka bergaduh tak lama
Kawan yang seornag lagi jangan dilupakan
Siapa yang ambilkan gambar?
Terdahulu, Jep Sepahtu telah berkongsi satu kenyataan di media sosial seakan menzahirkan rasa ralat apabila namanya ‘dipetik’ dalam sebuah podcast.
Ujarnya, dia tidak kisah jika ingin bersembang mengenang semula kenangan lama, namun seeloknya tidak menokok tambah cerita.
Sumber: Instagram shuibsepahtu, mamatsepah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source