Kenapa Atlet China Hebat Dalam Olimpik?
Kalau kita tengok dalam mana-mana acara sukan pun, antara tiga negara teratas yang dapat emas terbanyak pasti ada negara China. Ramai cakap China ini besar, jadi banyaklah bakat sukan yang boleh dicungkil dan dilatih.
Tapi, betulkah begitu?
Jika diikutkan, China ini dah menyertai Olimpik sejak tahun 1932 lagi. Tapi, emas pertama yang mereka dapat untuk Olimpik adalah pada tahun 1984, iaitu dalam acara menembak. Emas yang dibawa oleh Xu Haifeng pada 1984 bukan sekadar kejayaan peribadi tetapi menjadi kebangkitan negara.
Ia memberi isyarat bahawa China, walaupun kurang pengalaman dalam sukan antarabangsa, mempunyai potensi untuk bersaing di peringkat tertinggi. Kemenangan ini mencetuskan minat seluruh negara dalam pelbagai jenis sukan dan usaha bersepadu oleh kerajaan untuk melabur dalam infrastruktur sukan dan pembangunan atlet.
Sekarang, kita lihat pula apa sebab sebenar atlet dari China ini begitu cemerlang dalam Olimpik atau acara sukan yang lain. Pertamanya, sistem di China ini adalah bertunjangkan negara yang merekrut puluhan ribu kanak-kanak untuk latihan sepenuh masa bagi lebih 2,000 buah sekolah sukan yang dikendalikan kerajaan.
Kanak-kanak yang kurang berminat dalam akademik dibenarkan untuk masuk ke bidang sukan yang mereka minati. Mereka ini akan diberi sokongan penuh untuk melibatkan diri dalam sukan dan melihatnya sebagai profesion apabila dewasa nanti.
Perekrut khas yang dilantik akan meninjau ke seluruh negara untuk memilih kanak-kanak dalam kumpulan umur 3 hingga 5 tahun bagi memasuki sekolah sukan ini. Kerajaan China telah memperuntukkan dana yang besar untuk melatih atlet di pusat-pusat ini.
Di bawah skim pusat ini, kerajaan bertanggungjawab terhadap semua atlet. Daripada jurulatih peribadi kepada kaedah latihan serta peralatan moden, mereka akan memperoleh semuanya tanpa perlu memikirkan kosnya.
Sebab yang kedua pula adalah cara latihan para atlet China ini. Latihan ini dipanggil latihan berstruktur yang ada kaitan dengan menghormati kepercayaan Confucian. Bentuk latihan ini adalah setiap atlet yang menyertai Sukan Olimpik menjalani latihan wajib selama 350 hari.
Fokus latihan yang dijalankan di China ini bertumpu kepada gabungan sains sukan, pemakanan dan psikologi, yang nampaknya membawa kepada peningkatan prestasi atlet China. Selain itu, mereka juga beri tumpuan untuk menyediakan kemudahan terkini dan sistem sokongan yang komprehensif agar atlet mencapai potensi penuh mereka.
Paling utama, negara China memberi kepentingan untuk memenangi emas berbanding hanya memenangi sebarang pingat. Mereka percaya ia menghantar mesej penting kepada dunia luar tentang sejauh mana China telah maju sebagai sebuah negara dan kepentingan atlet yang memenangi emas dalam membentuk KDNK negara.
Bagi kita, melatih kanak-kanak seawal usia 3 atau 4 tahun dalam sukan adalah sesuatu yang ekstrim. Namun, bagi sebuah negara seperti China, tiada jalan pintas untuk menghasilkan kejayaan buat negara.
Ini sama seperti yang disebut dalam buku Same As Ever, bahawa perkara yang berbaloi untuk dikejar itu pasti datang dengan kesakitan. Rahsianya adalah untuk tidak mempedulikan kesakitan itu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source