Nama Jep disebut, Mamat Sepah enggan komen tentang podcast
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pelawak Mamat Sepah kongsi potongan lagu seolah-olah kecewa pengorbanannya tidak dihargai berserta gambar yang tertera tulisan Maharaja Lawak Mega dalam tulisan jawi.
Menurut laporan Kosmo! Online, Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad lebih selesa untuk mendiamkan diri dan enggan untuk memberi penjelasan berkaitan perkara tersebut kepada umum.
Bukan itu sahaja, dia juga tidak mahu memberi sebarang respon berhubung kenyataan Jep Sepahtu yang berbaur sindiran dan dipercayai ditujukan kepadanya dan Shuib.
Mamat Sepah
Artikel lain: “Takde nama lain nak tunggang?” -Jep Sepahtu dakwa podcast tokok tambah cerita
“Mohon maaf sangat. Saya tiada apa hendak komen tentang podcast (audio siar) itu. Terima kasih,” katanya ringkas.
Terdahulu, Jep atau nama lengkapnya Mohd. Nadzri Zainal Abidi luah rasa tidak puas hati yang dipercayai mempunyai kaitan sebuah podcast.
Difahamkan, nama Jep telah disebut di Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh Shuib, Shuk Sahar dan Fizie Roslan bersama artis jemputan Mamat Sepah.
Mamat Sepah
Dalam podcast itu, Mamat telah mengimbau semula kenangannya bersama kumpulan Sepah sehingga mereka bergelar juara Raja Lawak bagi musim ketiga.
Sumber: Kosmo! Online (Fadila Awaludin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source