Andika Putera setuju TikToker tegur individu jadikan selawat bahan konten lawak
Pempengaruh, Andika Putera setuju tindakan seorang TikToker menegur individu-individu yang menggunakan selawat sebagai konten lawak di media sosial.
Berselawat perlu di tempat yang betul
Menerusi perkongsian yang dibuat Andika di TikTok, dia telah mengulas isu teguran yang diberi oleh TikToker, Cikgu Urut apabila meminta masyarakat beragama Islam berselawat di tempat yang betul.
@cikguurut8 Harini selawat dah jadi bahan lawak. Sangat menyedihkan. #cikguurut
Andika Putera setuju ada pihak tegur konten mainkan selawat
Ujar pempengaruh berkenaan, dia awalnya tidak sedar tentang adanya konten parodi selawat, namun sangat bersetuju dengan teguran yang dibuat itu.
Dia juga menyatakan menerima semua teguran dan mengakui kesilapan diri serta bersedia untuk memperbaikinya di masa hadapan. Namun, dia tetap berpegang teguh dengan selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W.
“Dika terima teguran, dika terima segala salah dan bersedia untuk baiki diri dari masa ke masa. Cuma tentang selawat, dika sangat berpegang teguh terhadap selawat. Selawat lah atas baginda Rasulullah SAW, dalam apa jua keadaan diri kita,” tulisnya.
@andikaputeraa Dika terima teguran, dika terima segala salah dan bersedia untuk baiki diri dari masa ke masa. Cuma tentang selawat, dika sangat berpegang teguh terhadap selawat. Selawat lah atas baginda Rasulullah SAW, dalam apa jua keadaan diri kita. Ingat,manusia tak pernah lari buat salah dan silap. Itulah sifat manusia yang Allah letakkan. Disebabkan kita buat salah lah kita kena “touch-up” buat baik. “Touch-up” lah dengan berselawat . Amalan yang paling mudah diterima🤲🏼 Jom banyakkan berselawat. Komen ‘Allhamma solli ala Saiyidina Muhammad’ kat bawah👇🏻 #selawat #motivation #fyp #viral #tiktok
Andika Putera setuju konten parodi selawat ditegur, setiap orang lakukan kesilapan
Tambah Andika lagi, sebagai seorang manusia, kita semua tidak lari dari melakukan kesilapan dan dengan berselawat sedikit sebanyak kita dapat memperbaiki diri memandangkan amalan tersebut paling mudah dilakukan.
“Ingat,manusia tak pernah lari buat salah dan silap. Itulah sifat manusia yang Allah letakkan. Disebabkan kita buat salah lah kita kena “touch-up” buat baik. “Touch-up” lah dengan berselawat . Amalan yang paling mudah diterima,” tulisnya lagi.
Yang baik kita ikut, yang buruk jangan
Perkongsian yang dibuat Andika Putera atau nama sebenarnya, Muhammad Andika Putera, 27 di TikTok itu telah mendapat pelbagai respon daripada warganet.
Kebanyakan daripada mereka memberikan kata-kata positif dan menyatakan setiap perkara baik yang dilakukan tidak salah jika dicontohi.
Artikel lain: Enggan tunjuk riak, Andika Putera buang tanda hitam di dahi
Berselawat akhir zaman banyak ujian
Bab selawat janganlah ejek2
Kita buat kita dapat pahala
Terdahulu, nama Andika Putera kerap menjadi sorotan apabila bekas isteri, Ananda Natasha membuat pendedahan tentang beberapa hal sewaktu mereka masih lagi bergelar suami isteri.
Dalam pada itu, bekas isterinya turut berkongsi tangkapan layar ugutan yang dibuat pempengaruh berkenaan yang mahu menyebarkan video sewaktu mereka di atas katil.
Walau bagaimanapun, Andika telah membuat permohonan maaf dan menyerahkan isu tersebut kepada pihak peguam.
Sumber: TikTok Andika Putera
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source