Kecoh isu isteri dipaksa mandi & tidur bersama madu, pendakwah tampil beri penjelasan
Pendakwah bebas, Tajdid Hadhari atau dikenali sebagai Ustaz Bola tampil beri penjelasan berkaitan isu dua orang wanita yang didakwa dianiaya oleh bekas suaminya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Tajdid di laman TikToknya, beliau berkata hukum tidur dan mandi bersama madu adalah haram di sisi agama Islam.
Pendakwah tampil beri penjelasan
@ustazbola Macam-macam💆🏻♂️ #ustazbola #sihaq #musahaqah #zayan #fyp #fypシ
“Bila sebut tentang tidur bersama, bahkan dalam ‘bersama’ tersebut sebenarnya ia tidak boleh dan hukumnya haram. Dalam hadis Riwayat At Tabrani, bagaimana perbuatan tersebut dinamakan mushaqah ataupun sihaq.
“Nabi SAW bersabda, perbuatan sihaq ataupun melihat aurat sesama sendiri antara dua orang wanita itu, hukumnya adalah zina. Bahkan dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda, janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain.
“Dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain. Inikan pula mereka melakukan persetubuhan. Jadi kena jaga, tak boleh hukumnya haram,” jelasnya.
Berdasarkan pendapat daripada Ulama Ibnu Qudamah, perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun mendapat reda salah seorang isteri.
Pendakwah tampil beri penjelasan
Artikel lain: Bekas-bekas isteri dedah perangai ‘pelik’ suami, dakwa dianiaya sepanjang poligami
“Pendapat ulama Ibnu Qudamah, beliau ada menyatakan sekalipun kedua isteri itu reda, suami itu tidur bersama kedua mereka dalam satu selimut dan reda seorang daripada mereka berjimak, sedangkan satu lagi melihatnya itu tidak dibenarkan.
“Ini kerana hal demikian merupakan lambang rendah akhlak, kehinaan dan menjatuhkan maruah. Maka tidak boleh sekalipun reda keduanya.
“Namun, jika dalam rumah yang sama, tapi bilik berbeza makan dibolehkan dengan syarat saiz bilik itu (setiap isteri) sama,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan kepada orang ramai terutamanya individu yang sudah berumah tangga untuk menjaga adab dan tidak terikut-ikut budaya barat yang secara jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Terdahulu, tular di media sosial apabila dua orang wanita yang merupakan bekas-bekas isteri kepada seorang lelaki yang sama tampil membuka mulut dan mendakwa mereka telah dianiaya bekas suami yang juga merupakan pempengaruh media sosial.
Sumber: TikTok @ustazbola
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source