Netizen kagum dua pelajar berlainan bangsa kongsi sebungkus nasi
Tular di media sosial memaparkan dua orang pelajar berlainan bangsa kongsi sebungkus nasi telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, kelihatan dua orang pelajar berbangsa Melayu dan India itu berada di kantin sekolah menjamah makanan menggunakan tangan ketika waktu rehat.
Kongsi sebungkus nasi
@callme._eddy ❤️
Artikel lain: Berkat ke berniaga? Lelaki kantoi berlakon cacat, lipat kerusi roda angkat masuk dalam kereta
Dalam video itu juga, mereka turut berkongsi tempat duduk yang sama bersama dengan pelajar yang lain.
Kongsi sebungkus nasi
Netizen kagum dengan perpaduan antara bangsa!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen luah rasa bangga dengan perpaduan kaum yang ditunjukkan oleh dua orang pelajar tersebut yang secara tidak langsung memberi impak positif kepada orang ramai.
Ada individu berkongsi pengalaman yang sama
Bukan itu sahaja, ada segelintir individu yang menceritakan kenangan dan momen bersama rakan berlainan bangsa seperti berkongsi makanan dan barangan peribadi ketika di bangku sekolah.
Umum sedia maklum, Malaysia terkenal di mata dunia apabila dapat hidup dalam keadaan harmoni meskipun terdiri daripada tiga jenis kaum iaitu Melayu, India dan Cina.
Sumber: TikTok @Eddy
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source