Prof Ts Dr Zaliman Sauli dilantik semula Naib Canselor UniMAP, berkuat kuasa 9 Ogos ini
YBhg. Lt. Kol. Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Ogos ini hingga 8 Ogos 2026.
Berita baik itu diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi sebuah kenyataan media, hari ini.
Zaliman Sauli dilantik semula Naib Canselor UniMAP
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Kadir berkata, KPT yakin bahawa dengan perlantikan semula ini mampu meneruskan perancangan strategik dalam memenuhi aspirasi dan hala tuju UniMAP.
“Ini termasuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya dalam teknologi baharu industri semikonduktor untuk melahirkan graduan TVET yang bersedia untuk industri,” katanya dalam kenyataan media.
Sekadar info Zaliman merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Fizik dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1991 sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Semikonduktor Bahan dan Peranti di University of Surrey, United Kingdom pada tahun 1995.
Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Mikroelektronik di UniMAP pada tahun 2012.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source