Kalau korang pergi ke kedai serbaneka nak cari ubat, kadang-kadang pening bila tengok pilihan Panadol yan ada. Sampai tak tahu yg ini untuk apa, yang itu untuk apa.
Kali ni kami nak kongsikan dengan korang tentang jenis-jenis Panadol yang ada dipasaran supaya nanti tidaklah tersalah beli.
Kalau nak beli ubat kenalah tahu kegunaannya kan?
1. Actifast
Lazimnya kita tahu actifast ni fungsinya lebih kuat sedikit berbanding Panadol biasa kerana ia diserap dua kali lebih pantas ke dalam darah. Disebabkan itu ubat ini lebih cepat memberi kelegaan.
– Boleh membantu melegakan demam sakit yang tidak serius seperti sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit otot dan sendi, senggugut, sakit radang sendi, sakit gigi, untuk ketidakselesaan disebabkan selesema dan sakit tekak.
Perhatian: Khas untuk pesakit darah tinggi pengambilan sodium yang disarankan adalah bawah dari 1500mg. Setiap tablet mengandungi 173mg sodium dan jika diambil sebanyak 2 biji 4 kali sehari, jumlah pengambilan sodium adalah 1384mg belum ditambah dengan diet seharian kita seperti makanan masin. Jadi hati-hati!
2. Optizorb
Mungkin ramai yang belum familiar dengan jenis Panadol ini. Optizorb menggunakan formula teknologi baru yang mempunyai alginic acid dan calcium carbonate. Alginic acid bertindak menyerap air dan mengembang. Manakala, calcium carbonate bertindak balas dengan asid dalam perut yang mana boleh mempercepatkan larutan ubat dalam perut.
– Membantu melegakan sakit kepala, migrain, sakit tekak, demam dan sakit gigi
Kelebihan: Pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet.
3. Extend
Mengandungi kandungan paracetamol 665mg dan kelebihannya adalah mampu tahan sehingga lebih dari 8 jam daripada ubat-ubatan lain yang kebiasaannya hanya sekitar 4 ke 6 jam.
– Membantu melegakan kesakitan otot, sakit sendi, sakit belakang dan sakit di bahagian tulang rawan
4. Extra
Kandungan paracetamol 500mg serta tambahan 65mg kafein bagi meningkatkan saiz salur darah dan memudahkan perjalanan darah.
Perhatian: Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan mengandung, begitu juga ibu yang menyusukan anak, tidak melebihi 300mg kerana ia boleh menganggu tidur anak. Pengambilan jenis ini perlu diambil tidak lebih dari 2 hari seminggu.
5. Soluble
Sejenis ubat yang larut dalam air dan sesuai untuk korang yang usah nak telan ubat biji atau syrup.
Perhatian: Namun kandungan sodiumnya tinggi. Agak berbahaya pada yang mempunyai masalah darah tinggi dan mengamalkan diet kurang sodium.
6. Menstrual
Kandungan 500mg paracetamol dan 25mg pamabrom bagi membantu menyingkirkan air lebihan terkumpulan dalam badan disebabkan perubahan hormon. Lebihan air ini akan dibuang melalui air kencing.
– Sesuai untuk wanita yang mengalami PMS, cramp dan kembung perut serta ketidakselesaan semasa awal datang haid.
7. Children
Kandungan setiap tablet 120mg paracetamol, sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh menelan. Dose yang boleh diberikan adalah mengikut berat kanak-kanak tersebut, 15mg/kg.
Contohnya, berat seorang kanak-kanak adalah 16kg : 16kg x 15mg/kg = 240mg
Jadi, boleh ambil 2 biji Panadol children setiap dos.
8. Cold + flu-D
Kandungan: Paracetamol 500mg, phenylephrine hcl 5mg, chlorpheniramine maleate 2mg dan potassium sorbate 0.6mg
– Phenylephrine hcl membantu mengurangkan hidung tersumbat
– Chlorpheniramine maleate membantu mengurangkan selesema alahan ataupun gatal
Panadol COLD+ FLU-D boleh membantu melegakan hidung berair, bersin, hidung tersumbat, gatal-gatal dan mata berair.
Perhatian: Hati-hati kalau mengambil ubat ini semasa memandu atau bekerja, kerana ia boleh menyebabkan mengantuk.
9. Panadol 650mg
Kandungan paracetamol adalah 650mg. Hanya perlu diambil 1 hingga 1 setengah kaplet untuk 12 tahun ke atas tidak boleh melebihi 6 kaplet sehari. Ubat ini sesuai untuk individu yang tidak suka ambil ubat 2 biji sekali gus. Kelegaan sakit boleh dirasa dalam masa satu jam dan boleh membantu menurunkan suhu demam dalam 30 minit.
Perhatian: Tidak selamat diambil bersama alkohol dan kurang digalakkan untuk ibu mengandung. Boleh digunakan oleh ibu menyusu.
Rasanya banyak jenis-jenis dan manfaat Panadol yang selama ni korang tak pernah tahu pun, tapi sekarang mesti dah jelas kan?
Sumber: Farmasi Marmin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source