Buat hantaran aib anggota trafik, jurumekap profesional dikesan polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap seorang jurumekap profesional selepas dipercayai membuat hantaran berbentuk mengaibkan imej pegawai polis yang sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) di Damansara Damai pada 10.45 pagi hari Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai gambar tular itu pada 7.30 pagi semalam.
Beliau memberitahu hasil siasatan mendapati pengguna akaun X @Syedewa telah memuat naik gambar seorang pegawai polis dengan tujuan mengaibkan imej anggota tersebut.
Jurumekap profesional
Artikel lain: “Ini tidak adil, saya akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan keluarga..”- Norza
“Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Tambah Shahrulnizam lagi, polis kini sedang mengesan pemilik akaun terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial seorang jurumekap profesional meluahkan rasa tidak puas hati terhadap anggota polis yang dikatakan cuba mengeluarkan saman selepas disyaki tidak memakai tali pinggang keledar sebelum melalui SJR Damansara Damai.
Malah, dia juga meminta bukti kesalahannya namun anggota terbabit menyuruhnya menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.
Dalam perkongsian itu juga, dia turut memuat naik beberapa buah gambar pegawai polis dengan tujuan mengaibkan imej anggota tersebut.
Jurumekap profesional
Sumber: Facebook @Polis Daerah Petaling Jaya, X @Syedewa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source