Mamat Sepah enggan keruhkan keadaan -“Hubungan saya, Jep dan Shuib baik”
Pelawak, Mamat Sepah enggan keruhkan keadaan sedia ada mengenai insiden yang pernah terjadi antara dia dan anggota Sepah lain iaitu Jep dan Shuib.
Ini termasuklah kejadian pergaduhan yang diceritakan dalam sesi podcast Dol’s yang dikendalikan Shuib bersama Shuk Sahar dan Fizie, baru-baru ini.
Mamat Sepah enggan keruhkan keadaan
Mamat berkata, walaupun kejadian itu sudah berlaku sekitar 16 tahun lalu, namun ingatannya masih kuat dan tidak ditokok tambah seperti didakwa.
“Mungkin ada dalam kalangan kami sudah lupa setiap insiden yang berlaku, tapi saya masih ingat setiap babak-babak yang terjadi.”
“Apa yang saya ceritakan dalam podcast itu berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Alhamdulillah Tuhan beri saya daya ingatan yang kuat.
“Mungkin ada orang yang sudah lupa mengenai kejadian itu membuatkan ia dianggap sudah ditokok tambah. Lagipun mana boleh padam sejarah yang pernah terjadi,” katanya.
Katanya lagi, dia tidak mempunyai niat mahu mengaibkan atau bergaduh dengan sesiapa kerana sudah menganggap seperti adik-beradik.
“Tiada apa yang kami nak terasa. Apa yang berlaku sebelum ini semua tidak sengaja. Tiada apa yang membuatkan kami tidak selesa. Insya-Allah semua baik-baik saja.
“Bagi saya perkara ini tiada apa kerana saya pernah menghadapi ujian yang lebih besar.
“Lagipun zaman media sosial sekarang ini mudah viral. Hubungan saya dengan Jep dan Shuib baik,” katanya lagi.
Artikel lain: Achey minta Sepah jangan bergaduh di media sosial – “Masing2 dah tua, jadi profesional..”
Sepanjang minggu ini, nama kumpulan Sepah menjadi bualan hangat ramai apabila Jep, Shuib dan Mamat didakwa sudah tidak sehaluan.
Mana tidaknya, nama Jep telah disebut di Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh Shuib, Shuk Sahar dan Fizie Roslan bersama artis jemputan Mamat Sepah.
Dalam podcast itu, Mamat telah mengimbau semula kenangannya bersama kumpulan Sepah sehingga mereka bergelar juara Raja Lawak bagi musim ketiga.
Bagaimanapun, Jep mendakwa podcast tersebut tokok tambah cerita dan mengatakan kebanyakan kisah yang disampaikan seperti direka sahaja.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source