Dah termakan! Ibu hamil kecewa, stesen minyak jual makanan berkulat
Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa apabila nyawa ibu hamil hampir ‘melayang’ disebabkan sebuah kafe di stesen minyak menjual makanan berkulat.
Menerusi hantaran tular dimuat naik pengguna X dikenali Samara, individu tersebut menggesa stesen minyak berkenaan melakukan pemeriksaan makanan sebelum menjual kepada orang ramai.
Stesen minyak jual makanan berkulat kepada pelanggan
Menurut individu berkenaan, seorang ibu hamil telah makan makanan yang dijual di kafe berkenaan sebelum mengetahui ia sebenarnya kulat.
Maklumnya, dia telah menghubungi pihak pengurusan bagi membuat laporan berhubung makanan berkulat itu. Bagaimanapun, ia tidak mendapat sebarang reaksi positif.
“Seorang wanita hamil baru sahaja makan pastri ayam dan keju yang sudah berkulat dari kafe anda (stesen minyak).
“Keracunan makanan boleh menyebabkan kematian. Saya telah cuba menghubungi pihak pengurusan melalui DM di Instagram, Twitter dan juga emel, tetapi tiada balasan,”katanya.
Di ruangan komen, individu berkenaan memaklumkan wanita hamil itu sempat makan pastri tersebut selepas menyedari ‘rasa pelik’ makanan itu.
Artikel lain: Bapa modified basikal, sediakan bumbung & guna tong sampah demi keselesaan anak
Meninjau di ruang komen, netizen turut meluahkan rasa kecewa mereka dan menyuruh individu itu membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan Malaysia, selain saman stesen minyak berkenaan.
Macam mana lah boleh jual makanan yang dah jelas kulatnya? Harap pihak berkuasa ambil tindakan dan hati-hatilah sebelum makan.
Sumber: X Samara
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source