Sakit tekak! Aleeya Zailan kesal air hotel terkemuka kotor, bakal ambil tindakan undang2
Usahawan, Aleeya Zailan kesal air hotel terkemuka kotor sewaktu bercuti di sebuah negeri bersama keluarganya, baru-baru ini.
Menurut Aleeya, ia merupakan kali pertama dalam sejarah hidupnya menginap di sebuah hotel yang menyajikan keadaan air paip kotor.
Aleeya Zailan kesal air hotel terkemuka kotor
Dakwanya, bukan bilik itu sahaja, malah kesemua bilik di aras sama turut berdepan dengan masalah yang sama.
Menerusi video dikongsikan usahawan produk kecantikan Avenys, warna air tersebut dilihat benar-benar seakan karat dan menjadi semakin gelap.
Kongsi Aleeya, pada awalnya mereka semua langsung tidak sedar mengenai air kotor berkenaan memandangkan lantai bilik air itu juga berwarna gelap.
Namun, dia mula menyedari apabila tekaknya mula terasa sakit perit sebelum membuat pemeriksaan lanjut.
“Sakit tekak dah ni ye! Kalau mandi atau berus gigi dengan air ni boleh mendatangkan penyakit yang sangat merbahaya ya!
“Bagaimana hotel besar-besar macam ni boleh biarkan air sampai jadi macam ni! Pertama kali dalam sejarah ye jumpa!”kongsinya di media sosial.
Hati tak tenteram fikir kesihatan anak-anak, bakal saman
Meskipun ahli perniagaan itu sudah membuat laporan, namun dia akui tidak tenteram apabila memikirkan mengenainya.
Tambahan pula, anak-anaknya juga sudah selesai mandi dengan menggunakan air yang sama sebelum mengetahui perkara sebenar.
Tegas Aleeya, dia tidak akan berdiam diri seandainya anak-anaknya berdepan dengan masalah kesihatan.
“Saya akan saman jika perkara buruk berlaku. Anak saya sakit sahaja, saya memang akan saman hotel ini. Perkara ini tidak boleh berdiam diri,”katanya.
Artikel lain: Lelaki dedah dapat penyakit kulit angkara kualiti air Kelantan kotor
Bukan kali pertama?
Difahamkan, kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku selepas salah seorang pengguna Instagram turut meninggalkan pesanan dan komen mengenai pengalamannya.
Harap pihak hotel berkenaan atau mana-mana hotel peka akan tahap kebersihan bekalan air terutamanya sering dikunjungi pelancong dari luar negara.
Sumber: Instagram Aleeya Zailan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source