Salah faham! Maryam mohon maaf, dah tegur suami buat lawak double meaning tembikai
Personaliti media sosial, Maryam mohon maaf berhubung video tular yang mendakwa suaminya, Ryzal Ibrahim melawak secara lucah atau ‘double meaning, semalam.
Maryam atau nama sebenanrya Maryam Younarae berkata, salah faham telah berlaku dan dia tampil memohon maaf sekiranya kata-kata suami mengguriskan hati orang ramai.
Pasangan suami isteri yang terkenal dengan nama pentas Durian Kimchi menjadi bualan ramai selepas Ryzal membuat lawak ‘lucah’ ketika berada di pasar raya untuk memilih tembikai.
Maryam mohon maaf
Jelas Maryam, salah faham itu timbul ketika dia sedang bercakap bahasa Korea dengan suami.
Pun begitu, pempengaruh asal Korea Selatan itu tampil membuat permohonan maaf dan telah menegur suaminya.
“Sebenarnya ketika situasi itu, ada ayat yang saya bercakap dalam bahasa Korea dengan suami. Mungkin orang yang menonton ada salah faham sedikit.
“Jika ada yang rasa sebegitu, saya minta maaf. Saya pun sudah menegur Ryzal. Saya harap kita semua tidak menyimpan rasa benci, itu bukanlah sesuatu yang baik,” katanya.
Maryam pun tak suka lawak ‘double meaning’
Tambah Maryam, dia juga tidak menyukai lawak bersifat ‘double meaning’ dan sudah pasti akan menyunting pada bahagian tersebut sebelum dimuat naik di media sosial.
Jelasnya lagi, pada ketika itu dia sedang bertutur dalam bahasa Korea dan ia berlaku secara spontan.
“Saya sendiri pun tak suka lawak ‘double meaning’. Namun, situasi antara saya dan suami dalam video berkenaan ada makna berbeza, bukannya lawak ‘double meaning’. Saya sebut bahasa Korea dan ia sangat spontan, apa pun saya minta maaf.
“Sebenarnya saya tak tahu dan tak sedar perkara itu boleh timbulkan isu. Jka saya tahu, sudah pastinya saya sudah menyunting video terbabit.
“Kita semua belajar dari kesilapan. Saya tak rasakan ini sesuatu yang serius, jadi saya akan belajar dari kesilapan,” katanya lagi.
Artikel lain: Samakan isteri dan anak dengan tembikai, ‘double meaning’ Ryzal Ibrahim dikecam netizen
Terdahulu, personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dikecam warganet selepas mengaitkan saiz bahagian tapak tembikai itu dengan isteri dan anaknya telah mengundang rasa tidak puas hati ramai.
Sumber: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source