Tiada istilah hanya isteri jaga anak, suami kena urus bersama
‘Tiada istilah hanya isteri jaga anak’
Pelakon Uqasha Senrose berpendapat tiada istilah isteri jaga anak dan tugas itu tidak wajah diletakkan atas bahu wanita semata-mata.
Memetik laporan Utusan Online, aktres berusia 32 tahun itu berkata, tugas menjaga anak sebenarnya terletak pada bahu kedua-dua pasangan.
Tiada istilah hanya isteri jaga anak
Kongsi pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, walaupun dia dan suami yang juga pelakon, Kamal Adli sibuk, namun mereka akan bergilir-gilir mengurus dan menjaga aak perempuan, Hawra Uqaira.
“Zaman ini tiada lagi istilah hanya isteri yang kena jaga anak sebab suami cari rezeki di luar. Kami tidak mahu normalisasikan perkara itu. Bagi saya dan Kamal, kedua-dua pihak kena ambil bahagian.
“Kamal kena tahu cara menjaga dan mengurus anak. Walaupun sekarang saya sedang bercuti daripada berlakon selepas melahirkan anak,” katanya.
Uqasha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan seorang pempengaruh mengeluarkan kenyataan kontroversi mengatakan urusan menjaga anak bukanlah kerja seorang lelaki.
Pempengaruh itu juga memberi contoh jutawan terkenal dunia seperti Bill Gates dan Elon Musk tidak menjaga anak kerana mereka perlu bekerja demi memenuhi keperluan keluarga.
Suami tak pernah mengeluh, lebih mahir bendung anak
Sementara itu, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur kerana suaminya tidak pernah mengeluh dalam soal menjaga anak, sebaliknya gembira menjalankan tugas sebagai bapa.
“Bagusnya sikap Kamal ialah, bila pulang sahaja dari kerja, dia cari anak. Urusan mandi, pakaikan baju dan tidurkan anak memang dia lakukan. Kalau pulang malam sekalipun dia dodoikan Hawra. Itu sudah jadi rutinnya.
“Bukan itu sahaja, antara kami berdua, Kamal lebih mahir membalut bedung. Bedung bayi adalah kemahiran penting sebab jika salah teknik, anak akan terjaga,” katanya lagi.
Artikel lain: Kamal Adli bangga cara Uqasha urus anak – “Dia tak pernah merungut”
Tak kisah soal penampilan, asalkan anak terurus
Dalam pada itu, Uqasha juga memberitahu dirinya tidak kisah langsung mengenai penampilan diri kerana mengutamakan anak.
“Saya sudah tidak kisah langsung tentang penampilan diri. Biarlah muka mak dia macam zombi yang penting anak kena sentiasa wangi.
“Keutamaan saya memang pada anak 100 peratus,”ujar Uqasha Senrose.
Disoal mengenai perjalanan seni, Uqasha memberitahu dia mahu memastikan tubuhnya kembali langsing sebelum kembali beraksi di hadapan kamera.
“Saya rasa badan saya pun masih belum mengizinkan saya untuk kembali berlakon. Saya tengah ‘kembang’.
“Tambahan pula saya bersalin secara pembedahan. Jadi agak lambat untuk turun berat badan.
“Tetapi untuk kerja-kerja sebagai duta produk saya okey sahaja,”kongsinya.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri, Hawra Uqaira seberat 2.27 kilogram pada 27 April lalu selepas dua kali mengalami keguguran.
Sumber: Utusan Online (Wafa Aula)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source