Erynne Erynna umum bercerai, ikatan lima tahun perkahwinan terlerai
Pelakon Erynne Erynna umum bercerai dengan suami, Afify Sazali selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.
Erynne berkongsi berita duka itu menerusi sebuah hantaran di platform Instagram, hari ini.
Erynne Erynna umum bercerai
Pemilik nam Syazlynne Erynna Abdullah berkata, dia akui ia merupakan ujian yang berat. Namun, dia reda dengan takdir Ilahi dan menganggap jodoh mereka tidak panjang.
“Jikalau dulu saya share berita gembira pada tahun 2019 yang saya telah berkahwin, dan kini dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan yang saya sudah bercerai dengan ex husband saya.
“Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang Allah takdirkan buat kami maka bercerailah kami atas izin-Nya.
“Sungguh, ini ujian yang amat berat. Akan tetapi, Allah duga dan beri ujian pada hamba hamba-Nya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan,”tulisnya di Instagram.
Artikel lain: Irma Hasmie berdamai dengan takdir, tak perlu canang kisah cerai & rumah tangga
Bekas suami, bapa yang bertanggungjawab
Dalam pada itu, aktres berusia 27 tahun itu berkata dia dan bekas suami akan berusaha menjaga anak perempuan mereka, Medinah sebaik mungkin.
Erynne juga menyifatkan bekas suaminya seorang bapa yang bertanggungjawab selain berterima kasih atas segala pergorbanan yang telah dilakukan.
“Ex husband saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah.
“And we’ll try our very best to be a good parents to Medinah and give her the love she deserves, insya’Allah Amin Ya Rabbal Alamin.
“To Muhamad Afify, thank you for everything. May Allah guide, ease, bless and protect you and our family always.
“Doakan yang baik baik untuk kami sekeluarga ya, dan kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua,”tulisnya lagi.
Sekadar info, Eryyne yang mula terlibat aktif dalam bidang lakonan mendirikan rumah tangga dengan Afify Sazali pada 17 April 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Medinah yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Erynne Erynna
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source