“Dengan doa seluruh rakyat Malaysia, doa isteri-isteri Razif dan Jalani yang sedang mendodoikan anak-anak mereka, sejarah akan tercipta di final Piala Thomas ini.” Ini adalah antara ayat keramat yang diingati seluruh Malaysia tentang pengulas sukan nan satu ini.
Allahyarham Dato’ Haji Hasbullah Awang adalah pengulas sukan unik yang menjadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerjaya beliau bermula pada tahun 1974 sebagai pembantu siaran di RTM Pahang, sebelum berpindah ke Angkasapuri pada 1980. Sejak itu beliau sering terlibat dalam pelbagai liputan sukan.
Hasbullah Awang bersara awal daripada RTM pada tahun 1992, namun kembali ke TV3 pada 1994, sehinggalah menyertai Astro Arena pada 2014 sewaktu menjelang permulaan baru MSL 2014 dan menjadi pengulas untuk acara Piala Dunia.
Para peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah ada di Malaysia, malah setanding dengan Datuk Rahim Razali. Disebabkan inilah, beliau memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Seri Angkasa pada 1989, 1991 dan 2004, yang menunjukkan bakatnya yang tersendiri dalam ulasan sukan.
Suara ulasannya yang dihiasi pelbagai frasa menarik dan dramatik seperti “kecundang,” “tenang mempertahankan kubu” atau “hantaran panjang” sering menimbulkan pacuan emosi dalam kalangan peminat sukan, tidak kiralah, sama ada dalam bola sepak, badminton, hoki atau renang.
Kekuatan beliau dalam melakukan ulasan sukan adalah membangkitkan rasa mendebarkan, namun dalam kebanyakan ulasan, ia banyak membuatkan kita berasa bangga, saling memerlukan dan semangat kekitaan.
Istimewanya Hasbullah Awang ini adalah bagaimana beliau bertanggungjawab sebagai seorang pengulas sukan. Ada masanya, beliau berbual secara peribadi dengan para pemain, untuk lebih mengenali mereka. Ia bukanlah sekadar untuk mendapatkan info, tetapi untuk memahami keadaan pemain itu sendiri.
Suara emasnya ada kelas yang tersendiri. Frasa kegemarannya, “Oh, sayang sekali” telah menjadi ayat popular yang sering diucap dalam nada gurauan dalam kalangan peminat sukan Malaysia, tidak kira muda atau tua.
Dan sudah tentu, jeritannya yang bersemangat “Gol!!!” diikuti dengan nada kecewa, “oh… tidak” yang jelasnya menjadi ungkapan klasik pengulas sukan hebat ini. Beliau juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Adfin Shauki.
Jika nak dinilai kehebatan Hasbullah Awang ini pada zaman kegemilangannya, ia dapat dilihat kepada pemilihan penonton terhadap siaran TV. Contohnya, jika ada acara perlawanan bola sepak Malaysia menentang Vietnam yang disiarkan di dua saluran TV pada masa sama. Penonton pasti memilih saluran yang mana pengulasnya ialah Hasbullah Awang kerana ingin mendengar ungkapan ajaibnya yang sebati dalam jiwa peminat sukan.
Hasbullah Awang mengalami komplikasi jantung dan dirawat di IJN pada 4 Februari 2015. Dan, pada 12 Februari 2015, beliau meninggal dunia ketika menjalani rawatan di IJN.
Pemergian beliau ini bukan sahaja satu kehilangan besar dalam dunia penyiaran di Malaysia, malah buat para peminat sukan di seluruh Malaysia. Ulasan beliau yang nostalgik masih lagi terngiang-ngiang dalam kalangan penggemar sukan tanah air.
“Kembali kita ke Angkasapuri?” Ya. Saya masih merindui dan mengingati ungkapan trademark beliau ini. Tiada gantinya dan dalam liganya yang tersendiri. Semoga Allah membalas segala usaha beliau dalam menghiburkan rakyat Malaysia dengan celotehnya yang membangkitkan semangat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source