Leona nak kahwin tahun depan, suka lelaki gigi teratur tak boleh berterabur
Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona nak kahwin tahun depan kerana mahu bergelar ibu pada usia muda.
Bagaimanapun, anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman itu akui belum mempunyai kekasih hati meskipun mahu menamatkan zaman bujang ada tahun 2025.
Leona berkata, dia hanyalah sebuah harapan untuk berkahwin pada usia muda dan meminta orang ramai tidak terkejut seandainya dia benar-benar berkahwin pada tahun hadapan.
“Saya merancang untuk kahwin tahun depan, memang saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya perkara itu tercapai.
“Tahu saya masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu di usia muda sebab saya sangat sukakan kanak-kanak.
“Semuanya hanya harapan, kalau ada jodoh, jangan terkejut kalau saya kahwin tahun hadapan,” katanya.
Artikel lain: Peminat ‘restu’ jika Leona bercinta dengan penyanyi kacak Indonesia
Leona nak kahwin tahun depan
Dalam pada itu, pempengaruh berusia 22 tahun itu berkongsi kriteria teman hidupnya selain tidak menafikan agak sukar untuk bertemu lelaki yang menepati cita rasanya.
Paling penting kata Leona, rupa bukanlah kriteria utama sebaliknya dia lebih memandang kepada personaliti yang ada dalam diri seseorang lelaki.
“Jujurnya saya memang tiada calon langsung, memang saya cakap mahu kahwin tahun depan tetapi saya sibuk dengan kerjaya dan mencari wang sehingga tiada masa mencari cinta mahupun keluar ‘dating’.
“Sebenarnya susah juga mahu cari teman hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai piawaian itu. Setakat ini tiada siapa mampu ‘impress’ saya.
“Saya suka orang yang matang dan lebih tua daripada saya, gigi kena teratur tidak boleh berterabur. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya pun bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya,” katanya lagi.
Keluarga sokong tapi kena habiskan belajar
Ditanya sama ada hasrat itu sudah disuarakan kepada ayahnya, anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu memberitahu seluruh keluarganya sudah maklum bahkan tidak membantah asalkan dirinya menamatkan pelajaran terlebih dahulu.
“Ayah saya tahu, jujurnya satu keluarga sudah tahu saya mahu berkahwin tahun depan, mereka tidak kata apa-apa dan menyokong usaha murni itu.
“Cumanya saya kena habiskan belajar dan selesaikan apa yang perlu terlebih dahulu, selebihnya mereka okey sahaja asalkan saya bahagia,” katanya.
Terdahulu pada 2022, Leona pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka sebelum percintaan tersebut putus sewaktu dia mahu berangkat melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Walau bagaimanapun, anak kepada aktor hebat, Azhar Sulaiman itu pernah meluahkan rasa ralat apabila rakan baiknya sendiri kini sedang bercinta dengan bekas kekasihnya sehingga perkara tersebut kecoh di media sosial.
Sumber: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source