“Muka jenazah Noradriana hancur..”- Polis cari Azman, bantu siasatan ragut tiga nyawa dalam kebakaran rumah
“Muka jenazah Noradriana hancur..”
Hati seorang bapa luluh apabila menuntut jenazah anak perempuannya di Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dalam keadaan muka hancur serta kesan kecederaan akibat dihentak objek tumpul.
Kredit Foto: NSTP/Alias Abd Rani
‘Muka jenazah Noradriana hancur..’
Bapa kepada Allahyarham Noradriana, iaitu Nor Hasyim Tahir, 43, memberitahu muka anaknya hancur namun tidak mengetahui punca sebenar.
Allahyarham Noradriana maut dalam kebakaran turut mengorbankan datuk dan neneknya pagi semalam.
“Saya boleh cakap keadaan anak saya mukanya hancur disebabkan bekas ketukan. Saya tidak tahu apa puncanya.
“Menurut doktor, kesan kebakaran tidaklah teruk sangat malah kematiannya juga bukan disebabkan itu (kebakaran) tapi akibat ketukan kuat di kepala.
“Itulah yang membuatkan saya sedih apabila menatap jenazahnya petang semalam,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, Noradriana serta datuk dan neneknya, Mohamed Nor Mohamed Yasin, 82 dan Ara Abdul Hamid, 76, terkorban dalam kebakaran selepas rumah didiami mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini hangus dijilat api.
Bapa saudara Noradriana hilangkan diri
Kejadian malang itu turut menyebabkan seorang lagi mangsa, Norazima Mohd Radhi, 14, yang merupakan cucu warga emas itu mengalami kecederaan pada kepala dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
Bagaimanapun, selepas kejadian itu, seorang anak pasangan warga emas yang juga bapa saudara arwah Noradriana, Azman Mohamed, 48, menghilangkan diri dan gagal dikesan hingga kini.
Sementara itu, jiran mangsa, Ghazali Abd Rahman, 53, memberitahu pada hari kejadian mereka terdengar bunyi letupan dan menyangka ada penduduk bermain mercun.
Artikel lain: Sakit tekak! Aleeya Zailan kesal air hotel terkemuka kotor, bakal ambil tindakan undang2
Menurutnya lagi, apabila keluar rumah, dia melihat seorang remaja berlari di tengah jalan lalu meminta bantuan isterinya, Rozana Abdullah, 48, untuk memeriksa.
“Sebaik melihat Norazima, remaja berkenaan terus mendakap isteri saya dalam keadaan berlumuran darah.
“Pada masa sama, salah seorang anak saya melihat Azman menunggang motosikal berada di belakang Norazima.
“Namun, dia tidak memberhentikan motosikal sebaliknya meneruskan perjalanan memandangkan ada sebuah motosikal yang kebetulan melalui lokasi kejadian,” katanya.
Katanya lagi, anaknya terus menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan memandangkan keadaan Norazima trauma seperti ketakutan.
“Saya beranggapan mungkin Azman mengejarnya namun tidak berhenti selepas melihat ada penduduk melalui lokasi,”ujar Ghazali.
Polis cari Azman bantu siasatan
Sementara itu, pihak polis mengklasifikasikan kes kebakaran yang meragut tiga nyawa sekeluarga itu sebagai kes bunuh, khianat dengan api serta mendatangan kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 436 serta Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Hasil bedah siasat ke atas ketiga-tiga mayat mangsa terdapat kesan unsur jenayah.
“Polis kini memburu seorang lelaki bernama Azman Mohamed Nor, 48, yang beralamat terakhir di No. 33, Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar.
“Lelaki dipercayai melarikan diri selepas kejadian kebakaran itu berlaku dengan menaiki sebuah motosikal,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superinten Siti Rohayu Salih ditalian 016-2199592 atau menghubungi talian hotline IPD Muar 06-9564800 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Sumber: BH Online (Alias Abd Rani), X redzuanNewsMPB
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source