Andika Putera berdamai dengan bekas isteri, tegaskan video intim tidak wujud
Pempengaruh, Andika Putera berdamai dengan bekas isteri, Ananda Natasha apabila masing-masing memilih untuk bekerjasama dalam pengurusan anak tunggal mereka, Alisa Puteri.
Difahamkan, persetujuan mereka ini demi kebaikan Alisa dan mahu melihat kanak-kanak berkenaan membesar dengan baik dan suasana yang harmoni.
“Tasha dan Dika sendiri dah berjumpa depan-depan dengan cara yang harmoni ” ujar pempengaruh terbabit.
Andika Putera berdamai dengan Natasha, mahu fokus besarkan Alisa
Dalam pada itu, Andika Putera berdamai dengan bekas isteri dan sekali gus mengambil kata sepakat untuk memberi fokus kepada hak penjagaan, lawatan dan kebajikan Alisha supaya masing-masing dapat memberi tumpuan kepada tumbesaran cahaya mata perempuan mereka.
“Hak asuh anak terhadap Alisha akan diperhalusi dan diselesaikan dengan baik untuk kebahagiaan Alisha.
“Masing-masing akan fokus penjagaan Alisha secara adil dan bergilir-gilir dengan Tasha (panggilan Ananda) seminggu, Dika (panggilan Andika) seminggu.
“Perjanjian sebelum cerai yang fokus kepada penyediaan pembantu pengasuh kepada Tasha untuk hal ehwal kebajikan Alisha serta nafkah, yang mencukupi diteruskan seperti sedia-kala.
“Mutaah pula adalah selepas daripada keputusan yang akan ditentukan daripada mahkamah syariah,” jelas Andika.
Artikel lain: Andika Putera mohon maaf seikhlas hati, harap semua pihak maafkan
Andika Putera berdamai dengan bekas isteri, sepakat 4 perkara
Dalam video yang dikongsi, dapat dilihat yang pemilik nama sebenar, Muhammad Andika Putera mengambil Alisa susulan giliran penjagaannya disamping turut menghadiahkan rantai leher serta cermin mata baharu untuk kanak-kanak berkenaan.
@andikaputeraa Alhamdulillah, Allah temukan Dika harini dengan Tasha dan Alisha. Esok birthday Alisha, minggu ni adalah minggu tasha jaga anak, so kita dtng awal skit , 1 hari sebelum, nak bagi spek mata baru dia, power yang baru, *alhamdulillah dah straight mata dia.* Sebak sngt when Alisha pakai. Sebab alhamdulillah setiap kali Alisha pakai spek baru, mata kabur terus jelas, first penglihatan yang Alisha bukak mata, adalah depan mata dia adalah papa dan mama dia kat depan dia. Daripada spek yang pertama, yang kedua, dan sehingga lah arini. Bukak je mata, papa n mama dia kat depan. Bersyukur sngt Allah maha Baik, izinkan jugak pada harini. Susunan yang Terbaik untuk Alisha. Semoga tanggungjawab Co-Parenting untuk Alisha dapat dijalankan dengan baik. Apa sahaja untuk Alisha#love #family #coparenting #birthday #fyp #tiktok #viral
Terdahulu, Andika telah membuat penafian berlaku curang sewaktu masih lagi bergelar suami dan mendedahkan pernah berpisah dengan Ananda pada tahun 2022 disebabkantiada lagi persefahaman sebelum kembali rujuk demi anak tersayang.
Namun, pada Disember tahun lalu, mereka mengambil keputusan untuk bercerai sekali lagi.
Nafi tuduhan curang & mahu sebar video intim
Andika turut menegaskan bahawa tuduhan berlaku curang lebih-lebih lagi dengan wanita yang sudah berkahwin adalah satu fitnah besar serta menafikan mempunyai video intim serta dakwaan mahu menyebarkan rakaman tersebut kerana ia sama sekali tidak pernah wujud.
“Saya ingin menegaskan tiada video mahupun gambar terlarang atau sensitif dalam simpanan Dika dan ia tidak pernah wujud pun,” tegasnya.
Terdahulu, Andika Putera telah membuat video memohon maaf diatas isu berkaitan rumah tangganya dengan bekas isteri, Ananda Natasha sejak kebelakangan ini.
Permohonan maaf itu dibuat selepas bekas isteri membuat dakwaan Andika mengugut mahu menyebarkan video intim mereka berdua berserta beberapa bukti tangkapan layar.
Walau bagaimanapun, tuduhan-tuduhan tersebut telah dinafikan oleh pempengaruh berkenaan termasuklah berkaitan tentang dirinya berlaku curang sewaktu masih bergelar suami.
Sumber: TikTok Andika Putera
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source