“Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang lain” -Shuk Sahar
Pelawak, Shuk Sahar menyatakan seumur hidupnya tidak pernah bercerita buruk tentang orang lain di Insta Story susulan beberapa pendedahan yang dibuat oleh isteri, Fara Salleh di ruangan Thread.
Pemilik nama sebenar, Mohammad Shukri Mohammed Sahar itu dilihat memberi respon terhadap kenyataan Fara yang mendakwa dirinya diburukkan suami ke teman-teman rapat.
Shuk Sahar tak pernah burukkan sesiapa
Ujar Shuk, dia tidak pernah memburukkan sesiapa seumur hidupnya dan meminta orang ramai menilai sendiri dengan berfikir menggunakan awal.
“Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang oran, harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai, ” tulisnya ringkas.
Artikel lain: Fara Salleh akui minta cerai, dakwa diburukkan suami ke kenalan rapat
Shuk Sahar dituduh burukkan isteri ke kenalan rapat
Sebelum ini, Fara telah memuat naik beberapa luahan meminta agar pelawak itu menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk Shuk.
Ujarnya, sudah banyak kali mereka berbincang dan suaminya masih lagi melakukan hal yang sama walaupun ada perubahan dalam tempih yang sekejap.
Tambahnya lagi, dia sering diburukkan oleh suami di lingkungan teman-teman rapat yang suka berkongsi cerita tidak elok pasangan masing-masing.
Fara Salleh nafi rebut suami orang
Sekadar info, Shuk dan Fara telah mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu selepas pelbagai kisah kontroversi melibatkan mereka sewaktu pelawak itu masih mempunyai isteri.
Walau bagaimanapun, Fara Salleh menafikan bahawa dirinya menjadi punca perpisahan Shuk dengan bekas isteri pertama, Rossa Sera kerana pelawak berkenaan didakwa memang mempunyai beberapa hubungan dengan wanita lain.
Sumber: Instagram Shuk Sahar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source