Iqram Dinzly simpati dengan Shuk Sahar, minta tak dengar dari sebelah pihak saja
Pelakon terkenal, Iqram Dinzly simpati dengan Shuk Sahar di atas masalah yang sedang dihadapi ketika ini sehingga dipandang tidak baik oleh sesetengah pihak.
Kenyataan bukan paksaan atau suruhan
Menerusi posting yang dibuat Iqram di Instagram, dia meminta agar netizen tidak mempercayai satu pihak sahaja secara bulat-bulat lebih-lebih lagi dengan ayat yang mencurigakan.
Iqram Dinzly simpati dengan Shuk Sahar, minta hati2 dengan wanita akhir zaman
Tambah Iqram lagi, setiap manusia tidak lari dari melakuan kesilapan dan Shuk juga pernah berada dalam situasi tersebut namun kini sudah berubah serta sangat berusaha keras membangkitkan dirinya.
“Manusia tak lari dari buat kesilapan. Tapi kena ingat juga hati-hati dengan wanita akhir zaman….
“Saya tak katakan Shuk Sahar itu malaikat. Cuma apa yang saya boleh katakan, Shuk usaha gigih dalam membangkitkan dirinya dengan membanting tulang empat kerat,” tulisnya.
Iqram Dinzly simpati dengan Shuk Sahar, mungkin cara Allah nak angkat darjat
Dalam pada itu, dia menyatakan mungkin ketika ini adalah ujian dan dugaan yang harus ditempuh oleh Shuk ketika ini sebagai cara Allah S.W.T mahu mengangkat darjatnya.
Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakan supaya pelawak terbabit serta pasangan dilindungi daripada fitnah dajjal serta berada dalam keredaan Allah S.W.T.
Artikel lain: “Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang lain” -Shuk Sahar
Macam curiga pula kenyataan isteri dia
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pendapat masing-masing berhubung isu rumah tangga yang sedang dihadapi Shuk Sahar dengan isterinya, Fara Salleh.
Ada di antara mereka mengakui bahawa berasa sedikit curiga dengan kenyataan dibuat wanita itu dan ada juga yang mengatakan sebaiknya sebarang masalah dalam perkahwinan tidak dihebahkan di media sosial.
Tetap sokong Shuk!
Dulu tak dapat meroyan, dah dapat Shuk meroyan juga
Terdahulu, Fara Salleh telah memuat naik hantaran di Thread meminta supaya suaminya menceraikannya disebabkan sudah tidak tahan dengan sikap pelawak tersebut.
Walau bagaimanapun, Shuk telah membuat satu hantaran di Insta Story menegaskan bahawa dirinya tidak pernah berkata buruk terhadap orang lain dan netizen boleh menilai sendiri apa yang sedang berlaku.
Sumber: Instagram Iqram Dinzly
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source