Almy Nadia hamil anak ke-5, alahan teruk hingga keluar masuk hospital
Selebriti, Almy Nadia hamil anak ke-5 dan dijangka bakal menimang cahaya mata pada Oktober depan.
Memetik laporan dari Harian Metro, pasangan Datuk Fizz Fairuz, 44, dan Datin Almy Nadia, 38, meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan sekali lagi rezeki daripada Allah S.W.T selepas mengetahui bakal menimang seorang lagi zuriat sewaktu menunaikan umrah hujung tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya dapat tahu hamil kira-kira dua bulan selepas kami kembali dari umrah.
“Saya juga alami alahan yang teruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini.
“Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan.
“Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ini kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar,” katanya.
Almy Nadia hamil anak ke-5, tak harap berjantina lelaki
Almy yang kini hamil 8 bulan memaklumkan mereka tidak terlalu berharap dikurniakan anak lelaki dan hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
Ujarnya lagi, dia tidak membuat sebarang pemeriksaan jantina kerana enggan terlalu berharap mendapat cahaya mata lelaki.
“Saya tidak buat pemeriksaan jantina bayi kerana tak nak berharap untuk dapat anak lelaki kerana takut kecewa nanti.
“Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna,” katanya.
Artikel lain: Dah puas berfesyen, macam-macam gaya rambut.. Almy Nadia berhijab kerana Allah
Almy Nadia hamil anak ke-5, ramai tak perasan
Dalam pada itu, Almy menjelaskan bahawa ramai yang tidak tahu dirinya hamil memandangkan berat badannya menurun dari 120 kilogram ke 95 kg kerana mengamalkan diet.
“Ahli keluarga kedua belah pihak pun hanya dapat tahu bila usia kandungan nak masuk empat bulan.
“Bukan sahaja Fizz, semua anak-anak juga gembira kerana mereka nak dapat adik dan anggota baru dalam keluarga,” ujarnya.
Sekadar info, Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah mendirikan rumah tangga pada April 2014. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka sudah dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3.
Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, yang kini berusia 15 tahun.
Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source