Wan Salmah: Penyanyi Asal Ulek Mayang
Orang Terengganu mesra memanggilnya Mami, seumpama ibu yang banyak menyumbangkan jasa di bumi Darul Iman ini. Beliau ialah biduanita kelahiran Terengganu yang telah mengangkat lagu Ulek Mayang dan seni gamelan ke peringkat dunia.
Wan Salmah binti Wan Sulaiman, yang dilahirkan di Kampung Tiong, Kuala Terengganu pada 16 September 1944 adalah anak kedua daripada 12 orang adik-beradik. Zaman kanak-kanaknya sama seperti budak biasa, iaitu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul dari darjah satu hingga darjah empat dan menduduki peperiksaan Special Malay Class.
Setelah lulus peperiksaan itu, beliau memasuki Sultan Sulaiman Primary School Special Malay Class One hingga darjah enam. Kemudian, beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Sultan Sulaiman Secondary School dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, dan memperoleh kelulusan Senior Cambridge.
Pembabitan beliau dalam bidang tarian dan nyanyian sudah bermula sejak zaman persekolahan lagi. Dan akhirnya berkembang apabila beliau memasuki Persatuan Belia Darul Ehsan di Kuala Terengganu pada sekitar 60-an. Persatuan inilah yang sangat aktif dalam mengembangkan budaya serta kesenian Terengganu.
Guru yang banyak mengajar Wan Salmah ialah Allahyarham Tuah Haji Mazlan Embong, iaitu orang yang mencipta lagu Ulek Mayang. Tuan Haji Mazlan jugalah yang telah mencipta gerak tari Ulek Mayang berdasarkan jalan cerita asal Ulek Mayang pada zaman dahulu.
Istimewanya Wan Salmah ini ialah beliau menjadi orang pertama yang merakamkan lagu Ulek Mayang di radio Terengganu pada sekitar tahun 70-an. Malah, beliau juga orang pertama yang merakamkan lagu ini dalam album Senandung Terengganu yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Dalam bidang gamelan pula, Wan Salmah terlibat dalam Kumpulan Joget Gamelan Diraja Terengganu setelah seni gamelan ini dihidupkan kembali pada tahun 1969. Pada 1 April 1974, kumpulan SUKTRA (Kumpulan Penari dan Pemuzik Tetap Negeri Terengganu) ditubuhkan dan seni gamelan telah berkembang dengan pesatnya. Selain menari dan menyanyi, Wan Salmah pernah juga menjadi penolong jurulatih tarian gamelan dan tarian asas.
Selain bergelar penyanyi dan penari, beliau turut berbakat dalam lakonan. Wan Salmah mula berlakon semasa berusia 14 tahun. Pada masa itu beliau diberi watak sebagai “Dayang” dalam pentas bangsawan “Megat Terawis”. Selepas itu, beliau aktif dalam seni lakonan bangsawan, drama dan teater.
Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang kesenian, banyak pencapaian yang telah beliau peroleh. Bukan sahaja di peringkat dalam negara, malahan juga di peringkat antarabangsa. Antaranya adalah Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Terengganu pada 2016 dan Anugerah Tokoh Seni khas dalam bidang tarian pada 2018. Kemudian, beliau juga telah mendapat Anugerah Tokoh Gamelan pada Oktober 2018.
Paling membanggakan, beliau telah membawa tarian Gamelan Melayu ke peringkat antarabangsa dengan membuat persembahan di Frankfurt, Milan, Amsterdam dan Zurich. Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Festival Seni Asean Kali ke-9 di Hong Kong pada tahun 1984 serta menyertai Promosi Penggalakan Pelancongan ke Negara Eropah pada tahun 1988.
Menurut beliau, bidang kesenian memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi sebelum seseorang bergelar profesional. Memetik kembali kata-katanya;
“Mami tiada harta yang banyak untuk diberi kepada masyarakat tetapi mempunyai ilmu berdasarkan pengalaman lalu dan semoga ia boleh dijadikan panduan untuk generasi akan datang.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source