“Kau budak baik, sangat baik…”- Abang ipar redha dengan pemergian Nidza Afham
Abang ipar redha dengan pemergian Nidza Afham selepas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan mayat lelaki dewasa di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang, kira-kira jam 7 petang tadi.
Mayat penyanyi Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, dijumpai orang yang memancing di kawasan itu iaitu lebih kurang 1 kilometer daripada jambatan yang ditemui telefon bimbit dan dompet.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.
Abang ipar redha dengan pemergian Nidza Afham
Abang iparnya Effie Amron, 34, redha dengan pemergian Nidza sebaik sahaja menerima khabar duka menimpa ahli keluarganya.
“Abang Effy redha, Am. Al-Fatihah. Kau budak baik, sangat baik,”tulisnya ringkas di aplikasi X.
Sebelum ini, ibu kepada Nidza, Irni Yusmira Istihat akui terkejut sangat sebab penyanyi itu adalah anak yang tak timbulkan masalah dan mudah untuk diminta tolong.
Artikel lain: Isteri meninggal dunia ketika melahirkan anak, suami pula menyusul selepas dua minggu
Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa.
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada jam 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.
Lokasi terakhir keberadaan Nidza Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Sekadar info, Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.
Sumber: FB Effie Amron, Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri), Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source