“Tolong Jangan Kongsi Gambar Arwah Abang Saya, Hormati Perasaan Kami Sekeluarga” -Aufahanie
Penyanyi meningkat naik, Aufahanie meminta orang ramai tidak menyebarkan mana-mana gambar arwah abangnya, Allahyarham Nidza Afham di tempat kejadian, di media sosial.
Menerusi coretan di Instastory, penyanyi lagu Geming Jiwa itu menitipkan harapan agar warganet hormat perasaannya dan keluarga yang baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga tercinta mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Lelaki Yang Dijumpai Di Jambatan Sungai Klang Sah Abang Aufahanie, Nidza Afham
“Tolong jangan share gambar arwah abang saya yang ditemui ke sosial media anda.
“Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” minta Aufahanie.
Malam tadi, pihak polis Selangor mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang ialah penyanyi meningkat naik, Nidza Afham sekitar jam 7 malam.
Terdahulu, adik Allahyarham iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
The post “Tolong Jangan Kongsi Gambar Arwah Abang Saya, Hormati Perasaan Kami Sekeluarga” -Aufahanie appeared first on REMAJA.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source