Baker terkilan baca komen netizen hina ibu di konten masak2 -“Dia mak saya!”
Seorang baker terkilan baca komen netizen hina ibu di konten membuat pencuci mulut di platform TikTok apabila warga emas itu terkilan dengan tuduhan jahat tersebut.
Menerusi perkongsina Mr. Ali, dia ralat apabila ibunya terbaca komen seakan menuduhnya malas hanya disebabkan dia berkongsi resepi tiramisu.
Baker terkilan baca komen netizen, tuduh ibu pemalas
Menurut Mr. Ali, ibunya terasa hati apabila dituduh malas oleh satu akaun kerana sejak dahulu lagi sudah bertungkus lumus mencari pendapatan dengan mengambil upah membuat kuih-muih demi membesarkan anak-anak.
Baker yang juga seorang guru itu mengakui terdiam dan terkejut kerana anak muda sanggup berkata biadab terhadap orang tua dan merendah-rendahkan darjat seorang ibu.
“Mak cakap sai hati dia cakap mak malas eh, dulu mak besarkan kamu orang jual mini piza, jual kuih, petangpetang ambil jualan mak depan rumah,” ujar ibu Mr. Ali.
Baker terkilan baca komen netizen, tak beradab dengan orang tua
Jelas pemilik akaun this is mr.ali itu lagi, sepanjang 6 tahun bergiat aktif di media sosial, ini kali pertama dia mendedahkan komen jelek dari netzien kerana berasa begitu kecewa.
Mana tidaknya, individu terbabit sanggup menghina dan merendahkan ibu bapa orang yang dia tidak kenal sehingga meninggalkan kesan kepada warga emas berkenaan.
“Nak cakap, cakaplah tapi janganlah bercakap sebegitu kepada mak saya. Dia mak saya. Siapa yang pernah bekerja, pernah attend event dengan saya akan sentiasa nampak kelibat mak saya sentiasa bersama saya.
Begitu mak dan ayah ada berada di belakang saya,”
Balik-balik mak terus tanya sampai hati dia cakap mak malas. Fuhh ni orang berumur tau
Yang komen ni tak tahu apa yang mak saya laluitulisnya.
Ibu bapa kena didik anak2 supaya beradab
Susulan daripada itu, Mr Ali meminta agar ibu bapa dapat mendidik anak-anak mereka menjaga kata-kata dan adab supaya kita tidak melahirkan generasi yang menjadi ‘Tuan’.
Dia juga berharap perkongsian tersebut sebagai satu bentu ikhtibar dalam memastikan anak-anak menjaga adab dengan orang lain ataupun mereka yang sudah tua.
Artikel lain: Elly Mazlein ‘amuk’ netizen biadab, hina rezeki orang guna nama agama
Ketandusan adab generasi sekarang
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata berasa geram membaca komen tidak beradab tersebut.
Walaupun komen itu sudah dipadam selepas ditinggalkan di posting terbabit kira-kira sejam selepas itu, namun mereka merasakan apa yang dilakukan akaun individu biadab terbabit sangat keterlaluan lebih-lebih lagi menyentuh perihal ibu bapa orang lain.
Ada lagi manusia macam tu
Budak sekarang memang berani menaip
Konten-konten bermanfaat dan sangat membantu buat mereka yang mahu belajar membuat makanan lazat pun menerima kecaman.
Tak faham betul dengan sikap sesetengah netizen yang tidak berabab tersebut.
Sumber: TikTok this is mr.ali
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source