Chef Wan: Dari Malaysia ke Seluruh Dunia
Gaya percakapannya sering ditiru dan menjadi bahan lelucon ramai orang. Tetapi tiada siapa dapat menafikan bahawa figura ini sememangnya hebat dalam dunia masakan. Malah, beliaulah duta kecil dunia masakan Melayu ke seluruh dunia!
Dilahirkan di Singapura pada tahun 1958, dan beliau adalah anak sulung daripada tujuh adik-beradik. Bapanya adalah seorang anggota TUDM yang bertugas di kem tentera. Sejak kecil lagi beliau telah melibatkan diri dalam keusahawanan dengan menjual kuih-muih di pangkalan tentera tempat bapanya bekerja.
Dalam bidang pendidikan, Chef Wan telah cemerlang sejak di bangku sekolah lagi. Selepas tamat SPM, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perakaunan di ITM. Kemudiannya, menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Universiti New South Wales, Australia.
Kerjaya pertamanya adalah sebagai akauntan. Tapi, minat yang mendalam dalam bidang masakan membuatkan beliau meninggalkan kerjayanya dan menyambung ke bidang kulinari di California Culinary Academy, San Francisco, Amerika Syarikat.
Beliau memperoleh ijazah dalam Professional Chef Training and Hotel Management dari akademi ini dan Ritz Escoffeir Diploma (Ecole Ritz-Esscoffier De Gastronomie Francaise) dari Hotel Ritz di Paris.
Sewaktu belajar sambil bekerja di Paris inilah, Chef Wan berpeluang mengenali ramai tukang masak ternama di serata dunia. Beliau juga adalah orang Melayu pertama yang mendapat peluang berada di hotel berkenaan.
Disebabkan kemahiran memasaknya, sebuah keluarga hartawan di Hawaii, keluarga Gentrys, telah mengambil Chef Wan sebagai tukang masak dan perancang makanan. Chef Wan bukan sahaja bekerja di rumah hartawan tersebut bahkan di hotel-hotel dan kapal terbang, atau mana-mana tempat hartawan itu berada.
Chef Wan pulang ke Malaysia selepas tujuh tahun berada dalam dunia perhotelan di luar negara. Kemahiran dan pengalamannya menyebabkan beliau mula dikenali ramai dengan mengendalikan demonstrasi makanan dan menjadi konsultan syarikat perkhidmatan makanan serta perkakas dapur.
Perjalanannya sebagai chef selebriti pula bermula apabila beliau mengikat kontrak dengan TV3 untuk mengacarakan rancangan Kuali pada tahun 1992. Malah, Chef Wan turut terlibat dalam rancangan masakan antarabangsa melalui program seperti Flavour of Asia yang disiarkan di Prime 12, sebuah rangkaian televisyen di Singapura dan A Taste of Australia With Chef Wan disiarkan oleh ABC Network.
Sumbangannya dalam mengharumkan nama Malaysia dalam dunia masakan amatlah banyak. Beliau terlibat dalam demonstrasi masakan di seluruh dunia, malah turut terlibat dalam memberi seminar berkaitan masakan Melayu dalam persidangan antarabangsa.
Chef Wan juga pernah menjadi tukang masak kepada Sultan Brunei serta Bill Clinton dan telah menghasilkan beberapa buah buku masakan popular. Buku-buku masakannya ini turut mendapat pengiktirafan dari luar negara kerana memperkenalkan identiti masakannya yang tersendiri.
Meskipun adakalanya, Chef Wan terpalit dengan pelbagai kontroversi lantaran komennya yang lantang, namun sesiapa pun tak dapat menafikan bahawa beliau adalah maestro dalam dunia masakan di Malaysia, malah di Asia. Beliau bukan sahaja meneroka, malah mengaplikasikan segala intipati budaya ke dalam persembahan makanannya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source